Tuesday, November 29, 2011

Lumut, Perak

Assalamualaikum w.b.t

Lately nie, Me bz ngan keje2 kat opis, xder masa nak update blog... Skang ni dah penghujung 2011, cuti sekolah dah pun bermula, maka agenda makan2 kenduri pun bermula...

Weekend baru2 ni, Me & En Hubby ke Teluk Intan menghadiri majlis perkahwinan staff tempat Me bekerja, sayangnya xsempat nak shoot pic...kami sampai ke sana pun dah lewat, time sampai tu pegantin dah start bergambar, tp sempat la berborak2 ngan pengantin...

Lepas tu terus Me & En Hubby ke Lumut, asalnya nak bawa Syafiq amik angin pantai, tapi di sebabkan ramai sangat orang so dalam sejam terus kami balik ke rumah...lagipun cuaca x mengizinkan untuk berjaln2 di sekitar pantai...

Ni jer gambar yang sempat Me shoot sebagai kenang-kenangan...


Muka ceria jer sebab baru sampai kat playground tepi dataran Lumut

Syafiq cepat jemu, x sampai 5 minit setiap satu2 permainan, susah plak nak suh dia senyum time ni, maklum la excited nak cuba mainan lain plak

Sikit pun x takut, siap ajak mandi laut lagi, nanti ye Syafiq, bila dah reda musim hujan, ayah & ummi bawa Syafiq mandi laut.

Ni plak aksi kejar-mengejar, naik semput ummi kejar Syafiq

Last but not least, bukti kami ke Lumut...boleh gitu?

Yang pasti, Me & family enjoy pada wekend tersebut, ye la sambil menyelam minum air...

Friday, November 18, 2011

'Tiramisu Cake' Baking Class

Assalamualaikum w.b.t.

Pada 16/11/2011, pejabat Me ader menganjurkan Kelas Memasak untuk staf2 yang berminat untuk menyertai, ramai yang berminat, termasuklah Me. Kelas bermula pada 12.00thari dan selesai dalam 3.00 ptg... Yang best nya, setiap peserta hanya perlu membayar RM3 sahaja. Mane nak dapat kelas murah macam tu...dan kami dapat makan kek yang dimasak sendiri.

Pada sesi kali ni, seramai 30 orang peserta, so kami dibahagikan kepada 3 kumpulan, maknanya akan ader 3 biji kek la bila dah siap membakar...bahan2 suma disediakan Chef Jemputan, kami hanya perlu sediakan apron saja..yang kelakarnya unit Me siapbeli sedondon apron, semangat betul...

Kumpulan Me pada mulanya adalah kumpulan yang terakhir dapat siapkan kek span coklat sbb mixer problem, tp Alhamdulillah kek menjadi..Sesi kali ni Chef ajar cara2 membuat Kek Tiramisu..memang sedap sangat, yummy!!!!

Ni la sebahagian peserta yang excited nak membakar Tiramisu Cake
Apron yang sedondon, pinky gitu...muka masing2 ceria, x sabar tunggu Chef Jemputan sampai, Baju Me matching plak ngan apron ni.

Tiramisu Cake in the making...
Proudly present, our group 'Tiramisu Cake'...siap decoration jer terus potong cake dan agihkan ikut ahli kumpulan & selamat dimakan.

Tuesday, November 15, 2011

Tutti Fruitti

Assalamualaikum w.b.t.

Weekend baru2 ni Me & En Hubby ke Tutti Fruitti @ Ipoh Garden. Sebelum ni mmg dah plan nak try TF ni kat Shah Alam (masa konvo adik Me), tp x kesampaian sebab masa terlampau pack... lastly dapat tau kat Ipoh pun ader, mula2 jenuh gak survey kat mane la tempatnya, rupa2nya kat sebelah JUSCO je...

TF ni bukan cam ice-cream biasa, based yogurt. Kitaorang amik flavour strawberry, manggo & chocolate, topping plak oreo, M&M chocolate dan coco crunch. Harga bole tahan, x silap Me dalam RM14.30 jugak la, tp disebabkan teringin nk rase TF so layankan aje...

Ni 1st time kitaorang ke Ipoh Garden, b4 ni x silap Me tempat ni Court Mammoth, landskap dalam bangunan ni menarik, sempat la Syafiq berposing...so kita layan gambar2 yang x seberapa ni...


Aksi Syafiq makan TF, sedap katanya, bagi Me rase dia just nice, lagipun Me x berapa gemar ice-cream, maybe bg yang gemar ok la kot.

Photo yang sempat Me snap @ bangunan The Garden, suka Syafiq dapat main air terjun dalam bangunan tu...

Wednesday, November 9, 2011

4th Anniversary...

Assalamualaikum w.b.t
Tanggal 09/11/2007 sahlah Me bergelar seorang isteri kepada En Hubby 

Alhamdulillah harini genap la 4 tahun Me & En Hubby menjadi pasangan suami isteri. Hepi Anniversary abang...Sepanjang 4 tahun melayari alam perkahwinan, macam2 yang kami tempuh, semuanya ini kami jadikan sebagai panduan di masa akan datang.

Semoga perkahwinan kami ini akan mendapat keberkatan dari Allah s.w.t...Ya Allah, Kau jadikanlah perkahwinan kami ini perkahwinan yang Kau redhai, permudahkanlah kami dalam segala urusan, berikanlah kami kebahagiaan di dunia & akhirat serta bukakanlah pintu rezeki kami, Amin...

Pearl White (Majlis Akad nikah), Peach Orange (Hubby's side) & Green Apple (Majlis Persandingan kat umah Me)

Tuesday, November 8, 2011

Pizza @ Parit Buntar

Assalamualaikum w.b.t

Wah tajuk macam bagus jer... sebenarnya semalam Me & En Hubby ke Parit Buntar, beraya ke umah pakcik Me kat sana, hujan lebat bangat, mulanya plan nk jalan2 pekan dulu tp di sebabkan hujan lebat terus ke umah pakcik Me...

Lepas abis citer Soffiya baru la kami bertolak dr umah Pakcik and terus ke pekan. En Hubby requeted nak makan Pizza so layan je la...sempena bufday En Hubby, so Me belanja makan pizza je la...lama pulak menanti,  sementara pizza nak sampai tu macam2 kerenah Syafiq...

Ni antara aksi2 Syafiq yang sempat Me snap...

 Regular Pizza (Royal Masala) + 2 cup Pepsi + Garlic Bread + Soup of the day, tengok la aksi2 Syafiq ni, mula2 behave jer anak ummi ni, pastu mula le berlari ke sana ke sini. Tapi bila menu dah depan mata, behave semula....

Happy Birthday Ayah!!!

Assalamualaikum w.b.t


Selamat Hari Lahir yang ke-33 buat Ayah (En Hubby). Kebetulan tarikh bufday ayah sama ngan Hari Raya Aidil Adha, 06/11/2011... Tak ader sambutan pun just Me belikan hadiah tanda ingatan pada En Hubby... Syafiq yang tolong bg hadiah pada ayah dia..hihihi...

Aidil Adha 2011

Assalamualaikum w. b.t.

Rasenya masih x terlewat nak ucapkan Salam Aidil Adha kepada semua. Bagaimana sambutan raya tahun ni? Bagi Me & family menyambut cara sederhana saje. Pagi2 raya bermaafan sesama keluarga then after that baru ke rumah parent Me & Parent in-law plak.

Juadah raya plak hanyalah ketupat nasi + kuah kacang, laksa & kuih murku (ni menu umah parent Me), manakala umah mentua plak semestinya Nasi Tomato Special by Father in-law..Em x sempat plak nk amik gambar2 menu.

Jom layan gambar Syafiq sementara tunggu ayah (En Hubby) abis Solat Aidil Adha....

Gambar Syafiq yang ceria sebab dapat pakai baju raya, sayangnya songkok tu dah x muat, padahal beli last year...

Wednesday, November 2, 2011

Selamat Pengantin Baru

Assalamualaikum w.b.t

Pada 28/10/2011 adik ipar Me selamat bergelar isteri. Majlis Akad nikah berlangsung sebelah pagi @ 10pagi dan dengan sekali lafaz mereka sah sebagai suami & isteri. Majlis kenduri diadakan pada 30/10/2011, terima kasih diucapkan kepada mereka yang hadir...

Syafiq & sepupu2nya antara yang paling teruja sepanjang 3 hari bermula majlis Akad Nikah hinggalah Majlis Bersanding. Majlis Bertandang plak akan dilangsungkan pada 31/12/2011 ni. Biras Me ni orang Kg Melayu Subang.

Kiranya, setelah hampir 4 tahun kami berkahwin, barulah adik ipar menyusul plak. Anyway, tahniah diucapkan kepada adik ipar Me & suaminya...Me terlampau sibuk masa Majlis Bersanding sampaikan x sempat nk snap gambar2 kawen, so just tunggu album kawin dorg siap  baru bole layan..hehehe...

Ni gambar masa majlis Akad Nikah berlangsung, Syafiq & Qaisara (sepupu) sempat interfrem, Suka tengok gambar Syafiq & Qaisara, ceria je masa bergambar berdua di atas pelamin pengantin....

Aktiviti Weekend

Assalamualaikum w.b.t.

Hari ni agak x bz sangat so before lunch ni amik mood update blog. Me nak bercerita pasal aktiviti weekend Me dah En Hubby bersama My Lovely Boy... X ke mana pun, kami just ke Taiping Lake Garden, bawa Syafiq main  kereta remote control...

Masa kami ke sana baru je lepas hujan (almaklum la, Taiping kan mmg terkenal dengan hujan), so mmg best la permandangan kat situ, mula2 Me & Family ronda2  Lake Garden sambil menghirup udara yang nyaman after hujan, then baru cari 'port' yang sesuai untuk Syafiq main kete kesayangan dia...

Aksi Syafiq dapat main kete remote control sendiri, mula2 takut tapi lepas tu mula la sampai x mau balik, terpaksa pujuk baru ok...kereta ni En Hubby hadiahkan pada Syafiq sempena 2nd Birthday dia. Me & En Hubby pun excited gak main remote control car ni, almaklum la kecik2 dulu x mampu nak beli.

Gambar agak blur, guna camera hp 3.2 mp jer...harusla Ummi interfrem bergambar ngan Syafiq.

Ni plak masa kat umah nenek Syafiq, ntah aper yang dilukisnya pun x tau la, at least dapat melatih  skill Syafiq menulis/menconteng....

Konvo...

Assalamualaikum w.b.t.

Em, lama betul Me x update aper2 citer dalam blog ni, sebenarnya banyak yang nak diceritakan tapi x cukup masa, almaklumla bz ngan keje2 hakiki...hehehe...

Ok, berbalik pd tajuk entry, Konvo? sape yang konvo? sebenarnya adik Me yang konvo pada 23/10/2011(baru skang nak update, dah basi dah pun cite ni)...Kami sekeluarga menghadiri majlis konvokesyen di Uitm Shah Alam. Me & En Hubby berjalan2 ke rumah kawan Me sementara menanti majlis selesai...

So, kita layan gambar2 yang x bnyk mane kat bawah ni... X sempat bergambar sgt tp ader amik photo studio sebagai kenang-kenangan...

Tahniah Mohd Afzal Bin Mahmud, akhirnya berjaya mengenggam segulung ijazah, semoga penat lelah mak & abah terubat dengan kejayaan ni...

Ni plak gambar mase Konvo Diploma @ UITM Shah Alam jugak tp pada tahun 2009, masa ni Me masih dalam mood berpantang...tengok la muka x berseri pun.