Friday, July 1, 2016

Salam Syawal 1437H / 2016

Bismillahirahmanirahim...

Alhamdulillah Ramadan dah hampir ke penghujungnya...Insyaallah minggu depan umat islam akan menyambut Aidil Fitri...



Sempena bulan yang penuh barakah ni, Me memohon ampun & maaf atas segala kesilapan yang Me telah lakukan sama ada secara sengaja ataupun tidak...

Semoga Syawal yang bakal tiba ini dapat merapatkan silaturahim sesama kita...

Selain itu juga, semoga Syawal ini disambut dengan penuh kesederhanaan...

Bagi Me plak Syawal ni penuh dengan kenangan bersama arwah mak, 1st time sambut tanpa emak di sisi...

Akhir kata, 

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1437H / 2016

Maaf Zahir Batin...


Monday, June 27, 2016

Ketuk-ketuk Ramadhan 2016

Bismillahirahmanirahim...

Salam Ramadhan 1437H / 2016

Lama betul x hapded blog ni, umpama hidup segan mati x mahu...skang ni agak bz dan mood nak hapded pun ntah ke mana...

Alhamdulillah, hari ni dah 22 hari umat Islam menunaikan ibadah puasa...bg Me plak ni tahun pertama berpuasa tanpa arwah mak..mmg lain sgt rasenya...terasa separuh nyawa hilang...

Jom layan juadah berbuka yang sempat Me captured...so far alhamdulillah mmg setiap hari Me masak untuk berbuka, harapnya sampai ke akhir Ramadhan la bertahan....


Ketuk-ketuk 4 Ramadhan : Ayam Masak Bali, resepi c&p dari FB...alhamdulillah sedap, kalo ikut resepi kene masukkan kicap tapi Me derhaka sikit sbb En Hubby x suka kicap, tapi still sedap...

Ketuk-ketuk 6 Ramadahan : Mee sanggul goreng basah pedas, masak ni untuk berbuka puasa ngan family En Hubby di umah inlaw

 Ketuk-ketuk 7 Ramadhan - Sayur Sawi tumis, ni menu sampingan je

Ketuk-ketuk 7 Ramadhan - Siakap 3 rasa Thai style, resepi ni Me amik dari cik google, memang sedap rasenya macam makan kat kedai siam...

 Ketuk-ketuk 10 Ramadhan - Asam Pedas Untuk Dia, hahahaha...nama resepi bukan main, Me guna ikan tenggiri, resepi ni style melaka that y ade daun limau purut

Ketuk-ketuk 11 Ramadhan - Kueh Teow goreng, masa ni just masak ni je sebab dah jemu berbuka makan nasi...

 Ketuk-ketuk 12 Ramadhan - Sotong Blackpepper + kentang & Sayur campur


 Ketuk-ketuk 13 Ramadhan - Kari Udang bersama lobak putih, Me suka sangat lobak putih ni...

 Ketuk-ketuk 14 Ramadhan - Bihun Goreng, ni as menu tambahan coz berbuka umah inlaw...

Ketuk-ketuk 16 Ramadhan - Sambal Tumis Ikan Bilis....

Ketuk-ketuk 21 Ramadhan - Kurma Daging

 Nasi Goreng Tomyam ni plak bole dikatakan selang sehari mesti masak untuk sahur...

Selain menu kat atas tu, masak taucu ikan kayu antara feveret Syafiq, 10 hari puasa tu bole dikatakan tiap hari Me akan masak untuk Syafiq...




Tuesday, December 8, 2015

Kehilangan (Al Fatehah...)

Bismillahirahmanirahim...

Lama dah tak menulis kat blog ni...

Tanggal 24.10.2015, adalah hari yang paling sedey dalam hidup Me apabila mak kesayangan telah pergi buat selamanya...hanya yang pernah melaluinya yang tahu perasaan apabila mak & ayah telah tiada, rase seluruh nyawa dibawa bersama...

Sesungguhnya itu lah perkara yang paling Me takuti, akhirnya terjadi juga...
Siapa kita untuk pertikaikan...
Redha dan pasrah...
Semoga emak tenang di sana,
In Sya Allah, kami akan sentiasa mendoakan emak dan abah agar mendapat kesejahteraan di sana...

Hingga ke saat ni, emosi Me masih tak stabil lagi,

Ya Allah Ya Tuhanku,
Kau ampunkanlah dosa kedua ibubapaku,
Kau terimalah segala amal ibadat dan sedekah jariah yang telah mereka lakukan ketika hayat mereka,
Kau muliakanlah kedatangan mereka,
Kau rahmatilah ke atas roh mereka,
Semoga mereka tergolong dalam golongan orang-orang yang beriman dan semoga mereka dapat menjadi ahli syurgaMu...
Aamiin...





Dari Aisyah menceritakan bahwa seorang lelaki datang kepada Rasulullah bertanya : 
Ya Rasulullah, sesungguhnya ibuku telah meninggal dunia, dan dia tidak ada berwasiat apa pun dan saya rasa kalau dia sempat berbicara dia akan bersedekah, apakah dia mendapat pahala jika aku bersedekah untuknya ? 

Nabi menjawab : Ya (bersedekahlah dan dia akan mendapat pahala ). 
(Sahih Bukhari dan Muslim)

Dari Abi Usaid Malik bin Rabi’ah berkata bahwa ketika kami sedang duduk-duduk bersama Rasulullah, tiba-tiba datanglah seorang lelakidari kabilah Bani Salamah berkata :
 “ Ya Rasulullah, adakah kebaikan yang dapat saya lakukan kepada kedua ibu bapa saya yang telah
meninggal dunia ? 
Rasul menjawab : Ada, engkau berdoalah untuk keduanya, dan meminta diampunkan dosa-dosanya, dan tunaikan wasiat dan janji-janjinya, dan hubungkan silatiurahim dengan saudara dan keluarganya, dan hormati serta muliakan kawan-kawannya."
(HR Abu Daud, Ibnu Majah, Ibnu Hibban)

Rasulullah saw. bersabda yang bermaksud : "Orang yang bijak adalah orang yang mempersiapkan dirinya dengan beramal untuk bekalan selepas matinya. 
Manakala orang yang tidak bijak adalah orang yang mengikuti hawa nafsunya dan kemudian mengharap pertolongan Allah". (HR Tirmizi)


*Mood Sedih*

Tuesday, September 1, 2015

I'm 6 Years Old

Bismillahirahmanirahim...

Alhamdulillah, semalam (31.08.2015), genap 6 tahun umur Syafiq. Ummi doakan agar Syafiq menjadi anak yang soleh di dunia & akhirat. Selain itu juga didoakan agar menjadi anak yang mendengar kata, berakhlak mulia & semoga dipermudahkan segala urusan serta diberkati Allah s.w.t sentiasa...



Gambar birthday boy masa makan2 kat Pizza malam tadi... Me x beli kek pun semalam sebab nanti jumaat ni akan ade sambutan hari lahir di sekolah bagi pelajar bulan Ogos...


Last but not least, tuan tanah pun nak interfrem...



Tuesday, July 14, 2015

Salam Aidil Fitri 2015

Bismillahirahmanirahim...



Salam Lebaran 2015...

Pejam celik - pejam celik dah hampir ke penghujung Ramadhan 2015...

Dikesempatan ini, Me menyusun 10 jari memohon ampun & maaf kepada semua rakan taulan serta sanak saudara di atas segala kekhilafan yang berlaku...

Salam Aidil Fitri 2015 serta maaf zahir & batin...