Sunday, September 16, 2012

Jamuan Raya Jabatan

Assalamualaikum w.b.t

Jamuan raya Jabatan diadakan pada 7 September 2012...biarlah gambar2 ni yang berbicara....

Menu utama Laksa & Mee Kari...yang lain2 tu satay, Lemang, Nasi Himpit, Rendang & kuih2 raya...x larat nak makan semua....

Gambar2 kenangan sebelum Jamuan bermula..bila dah stat Jamuan dah x layan camera pun...excited makan lagi dari nak berposing.

Setiap Unit kene anta wakil untuk karaoke...unit Me anta wakil2 perempuan yang sememangnya sporting...Lagu raya ni rasenya lagu Ahmad Jais 'Selamat Hari raya'

Gambar Unit WTD & UAD

Serikandi-serikandi.....
So habis la aktiviti jamuan raya pada tahun ni.... harap2 tahun depan diberi kesempatan lagi...Amin...


Jamuan Raya Unit

Assalamualaikum w.b.t.

Raya dah nak ke penghujung dah, tapi baru terhegeh2 nak cite pasal raya... b4 ni Me terlalu bz nak siapkan keje b4 bercuti 3 bulan....

Seperti tahun2 sebelumnya, Jamuan Raya Unit tetap disambut walaupun secara sederhana. Pada tahun ni, just order makanan simple2 je... acara bertukar2 hadiah juga dilakukan seperti tahun lepas...tahun ni nilai hadiah dinaikkan lagi..ye la harga barang kan main naik...

Antara menu yang ader, Lemang, Nasi Himpit, Ketupat, Satay, dan main menu adalah Soto... ader yang bawa menu tambahan... thanks pada yang sponsored menu2 tambahan..sedap sangat....

Himpunan hadiah2 setiap ahli untuk acara bertukar2 hadiah...

Muka Me yang x berseri langsung..huhuhu....
Mase jamuan ni berlangsung ader gak antara ahli yang x dapat join coz ader keje kat luar tapi still dapat makan & hadiah...semoga dapat diteruskan lagi pada tahun2 yang mendatang.


Kumpulan Inovatif & Kreatif

Assalamualaikum w.b.t.

Pernah dengar ker pasal K.I.K ni? rasenya kalo gomen staf sure tau. Actually Me xder la nak join sangat group ni tapi disebabkan Pengarah mewajibkan so terpaksa le Me merelakan jugak...

Pada 3-6 September baru2 ni group Me mewakili jabatan menyertai pertandingan K.I.K peringkat Negeri Perak, em, ni 1st time join pertandingan so memang x menaruh aper2 harapan untuk menang pun...

Macam2 halangan & rintangan yang terpaksa Me lalui, tapi alhamdulillah semuanya telah berjaya diharungi.... So layan jer la gambar yang x seberapa ni...

Ni muka-muka sebelum pertandingan...bukan khusyuk dengar taklimat tapi kusyuk berposing masing2..hahaha.....

Ni plak masa persembahan kumpulan Me...emmm, sebenarnya Me just dibelakang tabir jer...

Sebelum sesi soal jawab...muka masing2 nampak ceria je kan, padahal suma dah blur tak tau nak jawab macam mane nanti.....

Jamuan & Majlis penutup serta penyampaian hadiah....
Akhirnya selesai gak persembahan K.I.K...harap2 tahun depan Me x join lagi...bukan aper banyak keje2 hakiki pending..huhuhu...

Last but not least, thanks to all group's members yang supportive....


Monday, September 10, 2012

31.08.2012 (HappY BirtHdaY)

Assalamualaikum w.b.t

31.08.2012 - Syafiq 3rd Birthday (Ummi & Ayah love u so much!!!)


Tanggal 31.08.2012, anak teruna kesayangan Me telah berusia 3 tahun. Me tak wat Birthday Party pun, cume ader wat sambutan ngan sepupu2 Syafiq (side En Hubby), saje untuk kenangan Syafiq di masa akan datang...dari sebelum puasa lagi Syafiq dah requested nak kek hepi birthday.

Untuk Syafiq, Ummi dan ayah doakan agar Syafiq dirahmati Allah s.w.t, dipermudahkan dalam segala urusan, dapat menjadi anak yang Soleh di dunia & akhirat... 

So meh layan gambar2 & aksi2 teruja Syafiq sebelum acara memotong kek...

Muka yang excited sebelum nak potong kek...x sabar tunggu sepupu2 dia nyanyikan lagu Birthday untuk dia....

Jangan x tau, 3x Syafiq nyanyi Lagu Hepi Birthday...punya le seronok Syafiq,


Aksi ketika potong kek birthday...


 Alhamdulillah selesai gak majlis birthday anak teruna kesayangan walaupun secara kecil-kecilan saje...Me & En Hubby hadiahkan Syafiq motorsikal ala2 harley davidson yang gunakan bateri tu...alamak x der plak gambar motor tersebut...

Happy Birthday to you,
Happy Birthday to you,
Happy Birthday to Syafiq,
Happy Birthday to you....


 

Raya 2012

Assalamualaikum w.b.t

Arini kita dah di penghujung minggu Syawal 1433H, ntah kenapa x der mood nak update blog...dah bersawang blog ni...so, dikesempatan yang ader ni, Me nak update serba sedikit aktiviti raya kitaorang.

Raya tahun ni x semeriah tahun2 sebelum, tambahan pula orang yang disayangi telah kembali kepada penciptaNya (Me xder kekuatan nak stori pasal arwah abah), tetapi yang hidup perlu meneruskan kehidupan yang makin mencabar...

Berbalik kepada cerita raya Me & family, raya pertama pagi2 raya beraya dirumah sendiri, then after sembahyang raya ke umah mak then after Zohor ke umah FIL pulak, em setiap tahun macam ni la, almaklumla, umah Me dekat jer ngan umah Mak & FIL...

So kita layan gambar raya yang x seberape ni...tahun ni memang xder mood nak bergambar. Kamera ader jer dalam handbeg tapi ntah le tak der mood betul nak snap.

Aksi Syafiq di pagi raya...time ni En Hubby sedang sembahyang raya...Tema tahun ni biru turquiso...InsyaALLAH Raya Qurban ni akan beraya berempat plak....