Showing posts with label Novel. Show all posts
Showing posts with label Novel. Show all posts

Wednesday, June 5, 2013

NOVEL # Isteri Separuh Masa #

Assalamualaikum w.b.t.


Okey, ini novel ke-3 yang Me sempat baca...Novel ISM ni memang best...kisah adik & abang angkat yang terpaksa berkahwin atas pilihan keluarga. dalam masa yang sama menggalas title student u & terpaksa berpura x berkahwin lagi...Jalan cerita mmg best walaupun ade banyak halangan tapi yang bestnya hepi ending...so Me bagi 4.5 out of 5 stars.

Sinopsis:

Bagi Nazrin Shah, Medina Izwanilah punca mama dan papanya tidak menerima kekasihnya, Zita sebagai menantu. Dia seterusnya mengisytiharkan ‘perang’ dengan adik angkatnya itu. Mereka ibarat Israel dan Palestin, tidak pernah berdamai walaupun bertahun sudah berlalu. Hubungan mereka menjadi semakin rumit apabila nenek berkeras ingin menjodohkan mereka berdua sebelum Nazrin Shah menyambung pelajarannya di luar negara.

Dapatkah anjing dan kucing hidup bersama? Bagaimana pula dengan pelajaran? Dapatkah Medina Izwani membahagikan tugas sebagai seorang pelajar dan seorang isteri dengan sebaiknya? Impiannya untuk menyambung pelajaran bersama Megat Shazril ke Ireland terpaksa dilupakan demi menyempurnakan hasrat nenek.

Sepanjang berada di luar negara, Nazrin Shah tidak pernah mengambil tahu mengenai Medina Izwani. Rasa benci terhadap gadis itu tidak juga surut-surut. Dia hanya berpurapura melayan Medina Izwani dengan baik di hadapan keluarganya sahaja. Berlainan pula halnya dengan Medina Izwani. Sudah puas dia menghambat rasa cinta buat suaminya itu, tetapi masih juga gagal.

Bertahun berlalu dan kini Medina Izwani bergelar seorang mahasiswi. Hidupnya menjadi huru-hara apabila Nazrin Shah mengambil alih kelas tutorial untuk salah satu subjek yang diambilnya. Hati pula semakin tidak menentu apabila terpaksa tinggal sebumbung dengan lelaki itu garagara nenek yang ingin menetap bersama mereka.

Apakah penghujungnya kisah mereka nanti?

Demi cinta yang dianugerahkan Allah, Medina Izwani rela menjadi isteri kepada lelaki itu, walaupun hanya isteri separuh masa... walaupun hanya dilayan sebagai isteri di hadapan ahli keluarganya sahaja.

Tetapi, sampai bila dia dapat bertahan dengan sikap Nazrin Shah yang langsung tidak menghargainya? Adakah dia akan berpaling dan menyahut salam perkenalan daripada Zafril?

Kehadiran bunga-bunga orkid misteri berserta kad mengingatkannya kepada Megat Shazril. Medina Izwani semakin bercelaru. Teringat kembali janji lelaki itu yang sanggup melakukan apa sahaja demi memilikinya. Apakah ada ruang dan peluang untuk Medina Izwani dan Nazrin Shah menyulam cinta dan hidup bahagia hingga akhirnya?


NOVEL # Khilaf Semalam #

Assalamualaikum w.b.t.

Ni plak novel ke-2 yang Me dah khatam...pada Me cerita dia best...jalan cerita yang menarik. tidak terlalu beremosi..just nice...so layan la sinopsis dibawah..Me bagi rating 4 out of 5 stars.

Sinopsis:

Demi menjaga maruah kedua-dua buah keluarga mereka disatukan dengan ikatan pernikahan. Mereka percaya itu bukan khilaf mereka tetapi sesuatu telah menyebabkan berlakunya perkara yang tidak diingini, cuma mereka sendiri tidak pasti kenapa dan bagaimana ianya berlaku.
 
Liyana Balqis menjadi pesalah dan rela dihukum walaupun terpaksa. Hasbul Warits, sejak menjadi pesalah secara tidak sengaja dia terikat dengan Liyana Balqis dan berkongsi ibu dan ayah dengan gadis ini. Kehadiran sepasang kembar, Irfan dan Aulia menceriakan hidupnya. Liyana Balqis menjadi ibu muda yang terpaksa bersusah payah menjaga anak-anaknya sementara sang suami sibuk dengan pengajiannya. Mujurlah dengan bantuan ibu mertuanya, dia berjaya menjaga kedua-duanya.
 
Sehinggalah suatu masa, dia juga terpaksa berjauhan dengan anak-anaknya demi cita-cita yang belum terlaksana. Dia juga mahu menjadi insan yang berjaya, walaupun berat hati meninggalkan si kecil dia tetap melangkah pergi.
Kemunculan Liyana Balqis sebagai salah seorang pelajar baru di tempat yang sama memberi ruang kepada dia dan suaminya bersatu kembali. Tidak perlu menunggu masa yang lama untuk bertemu. Ketika hari pendaftaran, Ziky yang merupakan sahabat Hasbul Warits sedang terpukau dengan gadis yang menyapa mereka. Diperkenalkan sebagai anak kepada guru sekolah Hasbul Warits, Liyana Balqis selesa begitu. Tidak seorang pun tahu apakah hubungan mereka berdua. Rahsia dijaga dengan rapi tanpa seorang pun menyedarinya, waima insan paling rapat dengan mereka sekalipun. Ziky juga selesa dengan pengakuan itu. Peluangnya cerah.
 
Selepas Salwa menyepi muncul pula pesaing baru, Ruby teman sekampus mereka menambahkan derita. Sejak hari pertama bertemu mata dengan gadis dari keluarga berada itu, Liyana Balqis tidak pernah senang dengannya.
Apakah yang menghidupkan api cemburunya? Mungkin keakraban Ruby dengan Hasbul Warits yang menjadikan dia seorang yang cemburu.
 
Walaupun dia tidak pernah mengaku gadis itu kekasihnya, tetapi kebanyakan masa dia habiskan bersama Ruby. Pada dia, Liyana Balqis mungkin tak tahu tetapi dia silap. Rupa-rupanya si isteri terlebih dahulu dapat menghidu perbuatan itu. Diam tak bermakna dia langsung tidak mengambil tahu aktiviti lelaki itu di belakangnya. Hasbul Warits tahu itu khilafnya, dia cuba untuk memenangi semula hati Liyana Balqis. Bagaimana?
 
Kecewa dengan apa yang sedang berlaku, Liyana Balqis menjadi keras hati namun hati perempuan seperti kerak nasi. Sekeras-keras kerak nasi, apabila dituangkan air lembut jua akhirnya. Demi anak-anak yang memerlukannya, dia perlu melakukan sesuatu. Berdegil tidak mendatangkan kebaikan langsung kepada dia dan anak-anak yang semakin membesar.
 
“Peluang tak diberi tapi dicari. Andai sangkar emas ini bukan lagi untukku, lepaskan aku. Aku ingin terbang. Aku ingin bebas.”
 
 

NOVEL # 3 Hati #

Assalamualaikum w.b.t.

Dah lama x membaca novel..ha amik kau, skang dah terjebak semula. Me ade beli 3 novel @ popular, 2 lagi @ Kedai Buku 1 Malaysia & tadi plak beli lagi 2 on9 @ kaki novel...so jom layan sinopsis novel2 yang me dah baca...

Untuk makluman novel ni ade 3 cerita yang berlainan & dari penulis yang berlainan. Pada Me Cerita yang 1st tu ok yang ke-2 & ke-3 plak kurang menarik...




 Sinopsis:

Ceritera Lea bermula dengan tragis. Dia yang sepatutnya dinikahkan di rumahnya terpaksa menanggung aib apabila pengantin lelaki yang sudah bergelar kekasihnya selama lebih 7 tahun, Imran tidak menunjukkan muka. Lea sedar cinta tanpa lafaz akad nikah hanyalah satu destinasi yang tidak ada kepastian. Dia mahu cinta berhenti setakat itu. Jangan ada cinta yang menjengah lagi. Noah hadir bersama seribu satu misteri, cuba melembutkan hati yang kononnya sudah menjadi sekeras kerikil. Sayang, ada dusta disebalik ungkapan rasa. Mampukah Lea mencari jalan keluar dari puzzle cinta itu?

Buat Wulan pula, dia tidak inginkan yang lain selain mengikuti sistem dan aturan yang telah dia tetapkan dalam hidup secara auto-pilot; bekerja dengan aman, menjaga si ibu yang sudah lama bersendirian dan menghabiskan waktunya dengan perkara-perkara yang mungkin tidak menarik bagi orang lain, tetapi cukup memuaskan hidupnya. Apabila Neal, si peguam yang menggelar dirinya ‘relationship freelancer’ muncul dan begitu bijak menarik perhatiannya, semua aturan yang diciptanya menjadi huru-hara. Buat pertama kalinya Wulan jatuh cinta dan untuk pertama kalinya juga dia dikecewakan dengan hebat. Namun Wulan bukan gadis biasa yang akan menangis air mata darah kerana putus cinta dan kerana itulah dia mencari Henry untuk membantunya. Tapi membantunya dari segi apa?

Nini juga tidak lari daripada masalah peribadi yang membelenggu dirinya sekian lama. Saban hari meniti waktu dengan hati yang tidak rela, membuatkan jiwanya memberontak. Bicara yang tidak pernah terluah, akhirnya terlepas dan menjadikan dia seorang insan yang lebih redha dan kuat. Dalam melayari kehidupan sesudah berputus kasih, dia memberanikan diri untuk mencuba sekali lagi dalam percintaan. Atas sokongan dan dorongan rakan-rakan, Nini menggagahkan diri menjadi yang terindah di mata Achik, pemuda yang terlalu sempurna untuknya. Dugaan demi dugaan, tekaan demi tekaan, hatinya yang rapuh tidak mampu meneruskan lagi percubaan gila dalam menjadikan Achik miliknya. Redha dan sabar, gadis itu memberanikan diri. Antara malu dan benar, mampukah dia mendahului medan itu?