Showing posts with label Syafiq @ School. Show all posts
Showing posts with label Syafiq @ School. Show all posts

Tuesday, January 13, 2015

Back to School

Bismilahhirahmanirahim...



Semalam 12 Januari 2015 bermulanya sesi persekolahan bagi tahun ni setelah ditangguhkan hampir seminggu...Syafiq masih bersekolah di tabika yang lama, so semalam masa anta dia dah xde la drama bagai, ye la kan, dah setahun bersekolah di situ so kiranya dah jadi senior tabika...hahaha..bole ke macam tu?

Persiapan sekolah pun sederhana jer, just beli kasut & baju sekolah je, yang lain-lain pakai je ape yang ade...Sebagai seorang ibu, Me berdoa agar Syafiq dipermudahkan dalam setiap urusan pembelajaran, dibukakan pintu hati agar mudah memahami apa yang dipelajarinya.

Tahun ni kira relax sikit sebab Syafiq bersekolah di tempat yang sama, tahun depan akan masuk sekolah rendah dah, so doa-doa agar semuanya dipermudahkan..



Wednesday, December 17, 2014

Throwback * Majlis Perpisahan

Bismillahirrahmanirrahim...

Ni plak aktiviti yang terakhir pada sesi pra sekolah tahun 2014... Pada 16/11/2014 diadakan pulak Majlis Perpisahan Pelajar Tabika Perpaduan & juga Hari Pakaian Beragam...

So meh kita layan gambar-gambar kat bawah ni...


Syafiq in action...pada hari tersebut Syafiq ala-ala Spiderman...Dah xtau nak pilihkan pakaian ape untuk Syafiq gayakan...last minit dapat belikan custom Spiderman ni je...


Ini antara yang menjayakan persembahan Pakaian Beragam...ade yang pakai baju bollywood, baju frozen, gaya santai, ade beberapa orang pelajar menggayakan pakaian guru besar & askar...





Selesai sudah sesi pra persekolahan pada sesi 2014 ni. Alhamdulillah banyak kemajuan, masa mula2 sekolah apa pun xtau, mewarna pun x pandai...skang dah pandai membaca, mewarna, tulisan pun kemas...teruskan tingkatkan prestasi di masa akan datang (hahaha...ayat dah macam dalam report card plak)


Throwback * Syafiq's Graduation Day

Bismilahhirahmanirrahim...

Ni cite bulan lepas, adoi asyik xde masa nk update blog...Alhamdulillah pada 15/11/2014 telah diadakan Majlis Graduasi Pra Sekolah Syafiq... Majlis tersebut diadakan di IPD Taiping, rasenya melibatkan gabungan beberapa Tabika Perpaduan di area berdekatan...

Bagi pelajar 6 tahun ade anugerah pelajar cemerlang, Syafiq baru 5 tahun, so hanya terlibat ngan persembahan saje...


Bersama ngan kawan-kawan masa majlis belum bermula...arini suma berpakaian biasa sebab terlibat ngan persembahan.


Di pentas sebelum Majlis Perasmian oleh Pegawai IPD Taiping




Berbaris sebelum naik pentas untuk sesi seterusnya...




Syafiq lengkap berjubah,...alahai dah besar rupanya anak Ummi ni...




Yeay, dah abis sesi pra persekolahan Syafiq bagi sesi 2014, In Sya Allah tahun hadapan still di sekolah yang sama...


Monday, November 10, 2014

Throwback * Celebrate Besday Syafiq @ School

Bismilahirrahmanirahim...

Tahun ni Syafiq dah start masuk tadika, jadinya sambutan besday kalini meriah sikit sebab celebrate di school...2 minggu before sambutan, cikgu dah bagi surat pada parents inform ade sambutan & student yang sambut besday kene bawa kek sebiji...




Tahun ni Me tempah kek tema padang bola, Syafiq yang pilih kek ni...sedap kek ni, memang bole repeat order lagi next time...



Sambutan besday kalini sekali ngan sambutan hari raya, that why Syafiq berbaju melayu...Bulan Ogos ade 3 student yang celebrate besday sama... Ade kek frozen lagi tu...



masing-masing ceria jer..x sabar nak potong kek...kawan-kawan x abis nyanyi lagu besday dorang dah siap potong kek..hahaha...



Dapat hadiah besday & juga hadiah top 3 pertandingan mewarna...


Goodies bag sempena besday Syafiq, Me bagi air minuman kotak, coklat2 & belon....



Wednesday, July 2, 2014

Aktiviti di sekolah - Father's Day

Bismillahirahmanirahim...

Sempena Hari Bapa last month, sekolah Syafiq ade buat aktiviti mewarna & menampal kolaj antara pelajar & bapa...so, En Hubby kene la amik cuti & join aktiviti yang dijalankan pada hari Jumaat.


Ni antara aktiviti yang dijalankan, En Hubby kene buatkan buku scrap untuk segala hasil kerja Syafiq sepanjang musim persekolahan, aktiviti menampal (kolaj) dan juga ade pertandingan buku scrap terbaik...
Syafiq dapat tempat ke-4, hadiah disediakan untuk top 5..ok la kan dari xde...





Aktiviti terakhir pada hari tu, semua pelajar mendengar taklimat daripada pasukan Bomba, sweet jer dorang ni berbaju Bomba...