Tuesday, March 19, 2013

Aktiviti Weekend Syafiq & ilman...

Assalamualaikum w.b.t

Ni plak aktiviti weekend baru2 ni...kami ke Jusco Bandar Baru Perda. saje bawa anak2 berjalan & dalam masa yang sama celebrate bufday Me...kami lunch @ Nandos je....hahahah..dah tua...so layan gambar Syafiq & ilman je la..gambar makanan x sempat nak captured pun....







Kamal Lodge Resort

Assalamualaikum w.b.t

Last year pernah ke Kamal Lodge Resort ni atas urusan kerja..after kerja Me & fren lunch kat Orange Cafe..makanan ala carte dia sedap...so last 2 week ajak En Hubby dinner kat sane...so far makanan dia ok la & portion besar...harge makanan plak standard fastfood.

 Me makan Nasi Goreng Thai (gmbr atas RM8.50), En Hubby plak makan Nasi Goreng Udang (RM9.00) dan air Lemon tea (RM6.00)

 Ni permandangan Chalet/Resort...bile musim cuti sekolah mmg fully book la tempat ni sbb terletak dalam kawasan Lake Garden Taiping & dekat ngan kaki Bukit Larut.

 Budak2 memang suka la coz ader pool..Syafiq siap request nak swimming...mase Me pergi tu malam so dapat la pujuk dia..gambar ni masa Me atas urusan kerja.


Home Town Mee Udang Tom Yam @ Kuala Sepetang...

Assalamualaikum w.b.t.



Awal bulan March, Me tetibe teringin nak makan kueh teow goreng udang...dah lama teringat nak makan tapi masa x mengizinkan...so balik kerja terus siap2 kan anak2 then after maghrib terus ke Kuala Sepetang...Mula2 plan nak makan kat Mak Jah Mee Udang (rasenya penah masuk JJCM TV3) tp tutup plak...on the way balik ternampak kedai baru ni...so En Hubby ajak makan kat sini.

So far Me rase memang terbaik la Mee Udang kat kedai ni..pas makan tu siap promote ke kawan2 lagi..pada pendapat Me, sedap lagi makanan kat kedai ni berbanding kedai yg Me nag pergi tu...En Hubby makan Nasi Goreng Udang (RM7.00), Me & My Mom plak makan Kueh Teow Goreng Udang (RM6.00)...memang terbaik dan udang dia memang fresh & banyak..so kepada yang berminat nak cube bole la ke Home Town Mee Udang Tomyam...


Syafiq 3 years++

Assalamualaikum w.b.t.

Layan gambar Syafiq plak...sejak ade adik ilman ni ke mana2 pun teringatkan ilman...kadang2 ayah bawa Syafiq berjalan & ilman tinggal di rumah ngan ummi, x lama mana mesti syafiq ajak ayah balik coz kesiankan ilman kene tinggal... Alhamdulillah Syafiq jadi abang yang penyayang & protective...ummi doakan semoga berkekalan.




Macam-macam mimik muka Syafiq ni..dia mmg pantang kalo kita suruh berposing..tp kadang2 merosakkan gambar coz suka wat muka yang x sepatutnya...


ilman @ 5 months++

Assalamualaikum w.b.t...

Alhamdulillah...syukur ke hadrat Ilahi, anak ummi dah nak masuk 6 bulan. Progress ilman skang ni, sangat aktif, sekarang ni suka suruh orang dukung dia..selagi kita x amik selagi tu la dok memujuk...satu perangai ilman ni, bile tengok abg Syafiq menanggis dia beria gelak..xtau la ape yang lucu sangat tu...


 Tengok la gaya duduk tu macam orang besar...


Suka pakai topi...ilman mmg dah tau kalo dipakaikan topi tu sure nak bawa dia berjalan2...

Dah banyak & panjang akalnya skang ni...nanti dah cukup 6 bulan ummi akan buatkan bubur & puri untuk ilman...x sabar nk bagi ilman makan...minggu ni dah bagi makan baby bites..sehari 1 keping...





Monday, March 11, 2013

Sharing is Caring

Assalamualaikum w.b.t.

Dah lama jupe article ni tapi tak sempat nak update dalam blog...just sharing untuk peringatan dan amalan bersama...


Barang siapa yang mengerat kukunya pada:

Hari Sabtu: keluar dari tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit


Hari Ahad: Keluar kekayaan masuk kemiskinan


Hari Isnin: keluar daripadanya gila dan masuk sihat


Hari selasa: keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit


Hari Rabu: keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan


Hari Khamis: keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit


Hari Jumaat: keluar daripadanya dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala

jadi, kerat kuku bukan sebarang kerat tapi ada kaedahnya. walaupun hanya kuku tapi adalah sebahagian daripada badan kita yang perlu kita hormati. misalnya kerat kuku ada adabnya selain mengikut hari, kita juga perlu buang kuku itu pada tempat yang tidak kotor, sebagaimana yang diajar..seeloknya kita membuang ke tanah kerana kita juga berunsur tanah. bukannya tong sampah sekali pun tong sampah itu bersih

sumber:
Mufakkiratul Mukmin 2009







Monday, March 4, 2013

Lunch @ Restoran Tasik Raban

Assalamualaikum w.b.t.

Wah..entri kali ni asyik entri makan2 je ye...banyak benda nak di storikan tp masa yg x mengizinkan...Khamis lepas (28/2/2013) unit Me ader wat jamuan kecil-kecilan sempena pertukaran salah seorang kakitangan unit ke Langkawi....



Photo di atas antara yg sempat Me snap masa awal2 sampai...bila makanan dah terhidang x sempat nak snap lg...Menu pada hari tu Ikan Talapia Merah bakar (mcm gmbr kat atas, tp lagi besar dlam RM40 sekor), sambal tumis udang (saiz XL), ayam bakar, sambal tempoyak, sambal belacan, ulam-ulaman, ikan pekasam dan air sirap laici...kira RM15/head...so ok la kan, kenyang sangat.

Pada sesiapa yang minat makan ikan air tawar bolehla datang ke sini. Berhampiran dengan Stadium Indera Mulia, Ipoh... kalo hari biasa, 11 pagi pun dah ader lauk-pauknya...terlampau banyak pilihan masakan...naik pening memilih...