Thursday, October 6, 2011

Jamuan Raya

Assalamualaikum w.b.t

Lama betul amik mood nak update, bukan ape, sejak kebelakangan ni susah betul nak upload gambar dalam blog ni..tu yang lama x updated...so layan je la gambar2 kat bawah ni ye, sempena Jamuan Raya Jabatan (20/09/2011) & Jamuan Raya Unit (23/09/2011)

Ni masa Jamuan Raya Unit, kitaorg ader bertukar2 hadiah ngan staf, seronok plak, rase macam zaman sekolah2 dulu,emmm rindu plak zaman sekolah!!!


Ni mase Jamuan Raya Jabatan, sempat lagi amik gambar bersama Pengarah & juga Ketua Penolong Pengarah, suma ceria je, almaklum la makanan depan mata.

Tengokla makanan penuh meja, menu ari tu adalah : satay ayam+daging+ kuah satay, nasi himpit+kuah kacang+kuah lontong, roti jala+kari ayam, lemang dan beranika jenis kuih2 raya...yang pasti kenyang.    
Dalam masa yang sama ader persembahan karaoke, setiap unit kene anta wakil...seronok gak dengar lagu2 raya dendangan staf2 ni..ramai yang ader bakat terpendam...

Nota kaki: enjoy betul jamuan raya ni...makanan sedap2 so badan lagi la macam di pump2..huhuhu...

No comments:

Post a Comment