Tuesday, December 8, 2015

Kehilangan (Al Fatehah...)

Bismillahirahmanirahim...

Lama dah tak menulis kat blog ni...

Tanggal 24.10.2015, adalah hari yang paling sedey dalam hidup Me apabila mak kesayangan telah pergi buat selamanya...hanya yang pernah melaluinya yang tahu perasaan apabila mak & ayah telah tiada, rase seluruh nyawa dibawa bersama...

Sesungguhnya itu lah perkara yang paling Me takuti, akhirnya terjadi juga...
Siapa kita untuk pertikaikan...
Redha dan pasrah...
Semoga emak tenang di sana,
In Sya Allah, kami akan sentiasa mendoakan emak dan abah agar mendapat kesejahteraan di sana...

Hingga ke saat ni, emosi Me masih tak stabil lagi,

Ya Allah Ya Tuhanku,
Kau ampunkanlah dosa kedua ibubapaku,
Kau terimalah segala amal ibadat dan sedekah jariah yang telah mereka lakukan ketika hayat mereka,
Kau muliakanlah kedatangan mereka,
Kau rahmatilah ke atas roh mereka,
Semoga mereka tergolong dalam golongan orang-orang yang beriman dan semoga mereka dapat menjadi ahli syurgaMu...
Aamiin...





Dari Aisyah menceritakan bahwa seorang lelaki datang kepada Rasulullah bertanya : 
Ya Rasulullah, sesungguhnya ibuku telah meninggal dunia, dan dia tidak ada berwasiat apa pun dan saya rasa kalau dia sempat berbicara dia akan bersedekah, apakah dia mendapat pahala jika aku bersedekah untuknya ? 

Nabi menjawab : Ya (bersedekahlah dan dia akan mendapat pahala ). 
(Sahih Bukhari dan Muslim)

Dari Abi Usaid Malik bin Rabi’ah berkata bahwa ketika kami sedang duduk-duduk bersama Rasulullah, tiba-tiba datanglah seorang lelakidari kabilah Bani Salamah berkata :
 “ Ya Rasulullah, adakah kebaikan yang dapat saya lakukan kepada kedua ibu bapa saya yang telah
meninggal dunia ? 
Rasul menjawab : Ada, engkau berdoalah untuk keduanya, dan meminta diampunkan dosa-dosanya, dan tunaikan wasiat dan janji-janjinya, dan hubungkan silatiurahim dengan saudara dan keluarganya, dan hormati serta muliakan kawan-kawannya."
(HR Abu Daud, Ibnu Majah, Ibnu Hibban)

Rasulullah saw. bersabda yang bermaksud : "Orang yang bijak adalah orang yang mempersiapkan dirinya dengan beramal untuk bekalan selepas matinya. 
Manakala orang yang tidak bijak adalah orang yang mengikuti hawa nafsunya dan kemudian mengharap pertolongan Allah". (HR Tirmizi)


*Mood Sedih*

Tuesday, September 1, 2015

I'm 6 Years Old

Bismillahirahmanirahim...

Alhamdulillah, semalam (31.08.2015), genap 6 tahun umur Syafiq. Ummi doakan agar Syafiq menjadi anak yang soleh di dunia & akhirat. Selain itu juga didoakan agar menjadi anak yang mendengar kata, berakhlak mulia & semoga dipermudahkan segala urusan serta diberkati Allah s.w.t sentiasa...



Gambar birthday boy masa makan2 kat Pizza malam tadi... Me x beli kek pun semalam sebab nanti jumaat ni akan ade sambutan hari lahir di sekolah bagi pelajar bulan Ogos...


Last but not least, tuan tanah pun nak interfrem...



Tuesday, July 14, 2015

Salam Aidil Fitri 2015

Bismillahirahmanirahim...



Salam Lebaran 2015...

Pejam celik - pejam celik dah hampir ke penghujung Ramadhan 2015...

Dikesempatan ini, Me menyusun 10 jari memohon ampun & maaf kepada semua rakan taulan serta sanak saudara di atas segala kekhilafan yang berlaku...

Salam Aidil Fitri 2015 serta maaf zahir & batin...


Monday, June 15, 2015

Salam Ramadhan 1436H

Bismillahirahmanirahim...




Insya Allah hari Khamis nanti semua umat islam akan menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak...Semoga ramadhan kali ini dapat la kita menambah amalan2 agar dapat membantu kita di sana kelak...

Alhamdulillah, dah settle qada puasa tahun lepas...

Kepada semua yang membaca blog Me,selamat menjalani ibadah puasa bagi tahun 1436H from Me & Family...

Tuesday, January 13, 2015

Back to School

Bismilahhirahmanirahim...



Semalam 12 Januari 2015 bermulanya sesi persekolahan bagi tahun ni setelah ditangguhkan hampir seminggu...Syafiq masih bersekolah di tabika yang lama, so semalam masa anta dia dah xde la drama bagai, ye la kan, dah setahun bersekolah di situ so kiranya dah jadi senior tabika...hahaha..bole ke macam tu?

Persiapan sekolah pun sederhana jer, just beli kasut & baju sekolah je, yang lain-lain pakai je ape yang ade...Sebagai seorang ibu, Me berdoa agar Syafiq dipermudahkan dalam setiap urusan pembelajaran, dibukakan pintu hati agar mudah memahami apa yang dipelajarinya.

Tahun ni kira relax sikit sebab Syafiq bersekolah di tempat yang sama, tahun depan akan masuk sekolah rendah dah, so doa-doa agar semuanya dipermudahkan..



2015

Bismilahirahmannirahim...




Hari ni dah 13 januari 2015, cepatnya masa berlalu...sedar tak sedar dah nak masuk pertenggahan Januari 2015...Me berharap kehadiran tahun 2015 ni akan menjadikan Me seorang yang lebih dedikasi dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang Hamba-Nya...

Azam?...macam biasa Me ada beberapa azam yang rasenya x perlu diberitahu di sini..azam tahun lepas ade yang x tercapai tu kita carried forward jer, hahaha...seboleh-bolehnya nak settle segala hutang selain hutang kete & umah..x mampu nk settle hutang rumah..huargh....

Lastly, semoga tahun 2015 ini menjanjikan kegembiraan buat Me & Family, diberi kebahagiaan dunia & akhirat buat kami sekeluarga...

Amiinn...