Wednesday, December 17, 2014

Throwback * Family Day Opis

Bismillahirrahmanirrahim...

Pada 06/12/2014, Family Day opis telah diadakan di Lost World Of Tambun (LWOT), Ipoh...sambutan staf pada family day kali ni amat memberangsangkan..Kami amik pakej termasuk makan tengah hari...games plak kami adakan game sendiri...kalo amik games yang disediakan pihak LWOT agak mahal jugak...

So, jom layan gambar yang x seberapa ni...


 Main Entrance Lost World Of Tambun



Antara goodies yang disediakan oleh pihak opis... Tiket dewasa RM63 & kanak-kanak RM58 (termasuk makan tengah hari yang wajib cater dari pihak LWOT)...hanya bayar separuh je...untuk staf  f.o.c...


   Bergambar kenang-kenangan 1 opis...



 Syafiq join pertandingan mewarna...

  Me & En Hubby join Bowling Padang... semangat masing-masing membaling buah kelapa...









Aktiviti Family Day tamat pada 1.00 tengah hari. Then after that masing-masing ngan aktiviti bebas...kalo ade rezeki Me nak ke LWOT semula..banyak tempat2 yg menarik x dapat melawat coz kekangan masa...anak2 asyik berendam jer...


Throwback * Majlis Perpisahan

Bismillahirrahmanirrahim...

Ni plak aktiviti yang terakhir pada sesi pra sekolah tahun 2014... Pada 16/11/2014 diadakan pulak Majlis Perpisahan Pelajar Tabika Perpaduan & juga Hari Pakaian Beragam...

So meh kita layan gambar-gambar kat bawah ni...


Syafiq in action...pada hari tersebut Syafiq ala-ala Spiderman...Dah xtau nak pilihkan pakaian ape untuk Syafiq gayakan...last minit dapat belikan custom Spiderman ni je...


Ini antara yang menjayakan persembahan Pakaian Beragam...ade yang pakai baju bollywood, baju frozen, gaya santai, ade beberapa orang pelajar menggayakan pakaian guru besar & askar...





Selesai sudah sesi pra persekolahan pada sesi 2014 ni. Alhamdulillah banyak kemajuan, masa mula2 sekolah apa pun xtau, mewarna pun x pandai...skang dah pandai membaca, mewarna, tulisan pun kemas...teruskan tingkatkan prestasi di masa akan datang (hahaha...ayat dah macam dalam report card plak)


Throwback * Syafiq's Graduation Day

Bismilahhirahmanirrahim...

Ni cite bulan lepas, adoi asyik xde masa nk update blog...Alhamdulillah pada 15/11/2014 telah diadakan Majlis Graduasi Pra Sekolah Syafiq... Majlis tersebut diadakan di IPD Taiping, rasenya melibatkan gabungan beberapa Tabika Perpaduan di area berdekatan...

Bagi pelajar 6 tahun ade anugerah pelajar cemerlang, Syafiq baru 5 tahun, so hanya terlibat ngan persembahan saje...


Bersama ngan kawan-kawan masa majlis belum bermula...arini suma berpakaian biasa sebab terlibat ngan persembahan.


Di pentas sebelum Majlis Perasmian oleh Pegawai IPD Taiping




Berbaris sebelum naik pentas untuk sesi seterusnya...




Syafiq lengkap berjubah,...alahai dah besar rupanya anak Ummi ni...




Yeay, dah abis sesi pra persekolahan Syafiq bagi sesi 2014, In Sya Allah tahun hadapan still di sekolah yang sama...