Friday, July 25, 2014

Salam Aidil Fitri 2014

Bismillahirahmanirahim...



Sempena dengan lebaran yang bakal menjelang tiba, Me ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua yang mengenali diri ini.

Mohon ampun & maaf atas segala kekhilafan yang berlaku. 

Semoga lebaran ini diraikan dengan penuh kesederhaan & dalam masa yang sama tidak melupakan saudara2 kita seislam di bumi Palestin.

SALAM AIDIL FITRI 1435H & MAAF ZAHIR BATIN...



Thursday, July 24, 2014

Menu Puasa Favourite

Bismillahirahmanirahim...

Hari ni dah hari ke-26 umat Islam berpuasa...InsyaAllah lagi 4 hari akan menyambut Hari Raya AidilFitri...emm, Me just nak share menu2 faveret sepanjang Ramadhan kali ni...



Ni air feveret Me, jus mangga...boleh dikatakan selang sehari mesti beli air mangga ni kat Param. sebungkus besar RM4...memang mabeles...



Ni plak air feveret En Hubby...Sama gak selang sehari mesti beli air tebu...sejug tu RM3.50...



Kali ni suka plak makan roti john...ade beberapa menu roti john ni, tapi biasa beli rori john daging + cheese or daging special...



Kuih faveret En Hubby..kuih Limas / Tepung Pelita.


Yang ni plak, kuih feveret Syafiq & ilman..yang kelakarnya Syafiq panggil kuih kelepat instead of lepat...hahahaha...



Bulan puasa ni dah lebih 3 kali buat sambal tumis udang + petai...musim puasa ni udang bole dikatakan murah jugak...so setiap kali ke pasar memang akan beli udang...



Ayam percik pun selalu gak beli...



Dan yang pastinya setiap hari mesti masak sayur...masak dalam kul 7ptg..so time berbuka sayur tu masih panas lagi..so mmg layan...

So itulah antara menu yang menjadi feveret Me pada kali ni...


Wednesday, July 2, 2014

Salam Ramadhan 1435 Hijrah

Bismillahirahmanirahim...




Alhamdulillah, sekali lagi diberi kesempatan oleh-NYA untuk menjalani ibadah puasa pada tahun ni... Sempena dengan keberkatan bulan Ramadhan yang mulia ini, sama-sama lah kita berdoa agar mendapat rahmat dan keberkatan dalam setiap yang kita lakukan...

Kepada semua kawan-kawan semoga dengan kehadiran Ramadhan ini dapatlah kita sama-sama meningkatkan lagi amalan yang x seberapa ni...

Akhir kata, Salam Ramadhan 1435H dari Me & Family.


Aktiviti di sekolah - Father's Day

Bismillahirahmanirahim...

Sempena Hari Bapa last month, sekolah Syafiq ade buat aktiviti mewarna & menampal kolaj antara pelajar & bapa...so, En Hubby kene la amik cuti & join aktiviti yang dijalankan pada hari Jumaat.


Ni antara aktiviti yang dijalankan, En Hubby kene buatkan buku scrap untuk segala hasil kerja Syafiq sepanjang musim persekolahan, aktiviti menampal (kolaj) dan juga ade pertandingan buku scrap terbaik...
Syafiq dapat tempat ke-4, hadiah disediakan untuk top 5..ok la kan dari xde...





Aktiviti terakhir pada hari tu, semua pelajar mendengar taklimat daripada pasukan Bomba, sweet jer dorang ni berbaju Bomba...


Jalan-jalan AEON Alma, Bukit Mertajam

Bismillahirahmanirahim...

Actually ni throwback punya story. Last month kan ke cuti sekolah selama 2 minggu, disebabkan x de bawa anak2 jenjalan memane so En Hubby ajak ke rumah sepupu di Nibong Tebal.

Alang-alang dah ke sana terus la ke AEON Alma, Bukit Mertajam. Tapikan, alahai, silap percaturan rupenya, punya la ramai manusia di sana, tapi apakan daya terpaksa la redah juga sebab dah sampai kan... Mula2 En Hubby dah putus asa jugak, memandangkan sepupu dah dapat parking so nak tak nak berusahala mencari parking, last2 parking di luar jer...menapak la plak kitaorang...



So anak2 kene la letak dalam troli disebabkan terlampau ramai orang, bukan apa si ilman ni kalo dibiarkan berjalan memang letih la nak mgejarnya...



Hanya KFC jer yang ader tempat kosong that time, so ape lagi ber KFC lah kami. tapi nak order tu punya la panjang Q nyer...





ilman yang keletihan...dalam gambar nampak macam gebu je si ilman ni, hakikatnya sebaliknya...