Thursday, November 7, 2013

Nasi Beriani In da House

Assalamualaikum w.b.t.

Actually dah beberapa kali buat nasi beriani ni...tapi gambar pada hari kejadian adalah pada Hari Raya Aidil Adha, hahaha..dah berzaman baru terhegeh2 nak update...



So arini Me akan kongsi resepi yang mudah sangat...bukan ape, untuk rujukan sendiri di kemudian hari...

Bahan-bahan :

4 cawan beras basmathi (dibasuh & direndam seketika)
5 cawan air
1 paket perencah beriani (jenama iman)
bawang besar *
bawang putih *
halia *
kulit kayu manis
buah pelaga
bunga lawang
bunga cengkih

* bahan2 perlu dimayang halus
 
Cara Memasak :

1) Tumis bahan yang bertanda * & 4 sekawan (kulit kayu manis/buah pelaga/
bunga lawang/bunga cengkih) sehingga naik bau
2) Masukkan prencah iman yang telah dibancuh bersama air
3) Masak sehingga naik bau (macam masak kari)
4) Masukkan air & biarkan mengelekan
5) Masukkan beras
6) Bila beras dah hampir masak, pindahkan ke dalam periuk kukus & kukus sehingga masak

Resepi yang Me bagi ni untuk nasi sahaja..Nasi Beriani ni sedap dimakan bersama daging masak hitam special (resepi dr kg)...nanti bila free Me share resepi Daging Masak hitam pulak ye...

Bagi nak tertanya perencah iman macam mane, bole refer gambar di bawah :



Ni la Perencah Iman yang Me guna...Me beli @ Tesco, rasenya RM2 sahaja untuk sebungkus...sebungkus perencah ni memang sesuai untuk 4 cawan beras.

 

Ni pulak Beras yang Me gunakan...sebungkus ni RM27++, bole dibeli di Tesco jugak...sebungkus ni bole dapat +- 12 cawan (so kene guna 3 bungkus perencah iman), beras basmathi biasa pun bole digunakan jugak...



Wednesday, November 6, 2013

Happy Birthday Soulmate (06/11/2013)

Assalamualaikum w.b.t



Selamat hari lahir Abang...

Hari ni Birthday En Hubby, pagi tadi Me just wishes je kat En Hubby, InsyaAllah hadiah akan menyusul kemudian ;)

Semoga Abang dikurniakan kesihatan yang baik...diberkati Allah & dipermudahkan dalam setiap urusan...Amiin...