Saturday, February 16, 2013

PappaRich @ Taiping

Assalamualaikum w.b.t.

Last month punya story tapi baru berkesempatan nak update...tak silap Me ni time dapat bonus last month...dah lama En Hubby requested, so baru dapat menunaikan janji...hahaha...

 Dah lama PappaRich ni open kat Taiping tapi baru last month dapat merasa makan kat situ...so far makanannya dapat diterima tekak kami sekeluarga...

Nasi Goreng Ayam & Cendol (En Hubby), Roti Bakar untuk My Lovely Syafiq and Nasi Ayam for Me...cendol tu sedap jugak tapi kira mahal la RM5.90 semangkuk.


So far makanan kat situ ok la...bole diterima tekak kami sekeluarga...tapi roti bakar dia memang sedap...macam roti kat Railway Kluang...




Tuesday, February 5, 2013

Jom Kira Insurans Kereta

Assalamualaikum w.b.t.



Majoriti semua orang mempunyai kereta.. Bila dah ada kereta mestilah kena bayar roadtax dan insuran.. Biasanya kita hanya menyerahkan urusan insuran ni pada kedai kedai kereta, agen insuran tanpa mengetahui kaedah sebenar pengiraan nya.. Apa yang kita tahu cuma bayar.

So, sekarang jom kita belajar sama sama macam mane nak kira premium insuran yang kita kena bayar.

First, kita kena tahu nilai semasa kereta kita mengikut harga pasaran, contohnya jika kita issued lebih tinggi dari harga pasaran secara tak langsung bayaran insuran akan lebih mahal dari yang sebenar. Sedangkan pihak insuran hanya membayar mengikut nilai semasa. Macam mana nak tahu nilai semasa kereta? Tanya dengan syarikat insuran yang kita nak ambil.

Adakah anda tahu kebanyakan agen agen insuran ni lebih menggalakkan anda issued lebih tinggi dengan alasan sekiranya berlaku sesuatu pada kereta anda seperti kemalangan pihak insuran akan membayar mengikut nilai yang anda issued kan..tapi sebenarnya tidak. Pihak insuran hanya akan membayar pada nilai pasaran semasa atau hanya 90% dari nilai semasa. Jadi jangan bazirkan wang anda.


Jom amik kalkulator & try kira....


A - 1 * 26 + B - Nilai NCD Semasa + RM 10 (stamp duty) + 15% loading cost (keuntungan agent insuran)

A = Nilai caruman / issued
B = Nilai cc kereta ;
225.2 = 1.4 cc ke bawah
252.2 = 1.6 cc ke bawah
277.9 = 1.6 cc ke atas

Contoh


Model Kereta : Viva (1.0 cc)
Nilai pasaran : RM 22,000 pada tahun 2013


23 - 1 * 26 + 225.2 - 38.33% = RM 494.26+ RM 10 + (15% * RM 494.26) = RM 579.90

Kalau membuat direct terus ke syarikat insuran tiada 15% loading cost di kenakan.

Nilai NCD
Tahun 1 = 0%
Tahun 2 = 25%
Tahun 3 = 30%
Tahun 4 = 38.33%
Tahun 5 = 45%
Tahun 6 = 55%

So skang ni dah tau cara nak kira insurans kereta sendiri, at least dapat membantu kita mengetahui berapa yang perlu kita simpan/bajet untuk insurans kereta kita.