Thursday, December 19, 2013

Kursus @ Labuan

Assalamualaikum w.b.t

emm..ni cerita sebulan yang lalu...Me kena attend mesyuarat & kursus @ Labuan, dalam 4 hari jugak la stay sana...Bagi Me Labuan ni lebih kepada tempat santai & rehatkan fikiran kita yang serabut ngan keje..pantai2 kat sana cantik2..air laut membiru je...kalo nak shopping plak, rasenya Kota Kinabalu mmg heaven bershopping...


Ni permandangan laut dari balkoni bilik hotel yang Me stay...stay @ Grand Dorset Hotel, memang tenang je fikiran bila tengok laut membiru, tapi dalam masa yang sama risau jugak sebab masa Me ke sana baru je lepas isu ribut yang kat Filipina tu...masa Me berjalan2 kat tepi pantai ni mmg kuat anginnya...



Malam before balik ke semenanjung, kami dibawa untuk menjamu selera di sini, Kg Tanjung Aru, nama restoran ni Restoran Terapung Anjung Ketam...kat sini seafood memang fresh & mabeles...macam2 ade, tapi jangan tya harga sebab semuanya sponsored by Labuan Office...hehehehe....

 
 
Ni antara menu yang disajikan kepada Me & rakan2 yang lain...Ketam masak Sweet Sour, Ketam Butter milk (sedap sangat2), Ketam masak telur masin rasenya, yang ni pun sedap sangat...memang kenyang la..yang paling best sambal kicap dia memang cukup rase...nasi & ikan kerapu masak 3 rase juga disediakan...rugila siapa yang alah pada seafood...

Memang dekat Sabah makanan berasaskan seafood sedap2 & fresh...bole dikatakan murah & berpatutan harganya...Me x shopping ape sangat...Kalo x disebabkan arahan bekerja rasenya Me x jejak ke Labuan ni...yang pasti memang enjoy...



Monday, December 9, 2013

Rambut Pacak???

Assalamualaikum w.b.t


ilman ngan rambut pacaknya...ntah kenapa tetibe pas mandi ptg tu ilman yg main2 sendiri rambut dia maka terhasil lah rambut versi pacak...macam2 perangai sejak dah besar ni...
Last but not least...peace yo...dari syafiq...


Thursday, December 5, 2013

# Anniversary #


Assalamualaikum w.b.t.

Lama betul x update blog...lately ni kat opis Me dah x bole log in any sosial network...so x dapat la nak hapdet blog ni...rupenya during lunch time je bole log in...so gunakan kesempatan yang ada untuk update ape yang patut..

Tajuk anniversary..tapi cite merapukan...9/11/2013 genap 6 tahun usia perkahwinan Me & En Hubby...Alhamdulillah keluarga dah agak stabil...semoga perjalanan bahtera perkahwinan Me & En Hubby dirahmati & diberkati Allah s.w.t.

Ade cite disebalik anniversary kali ni...pada 8/11/2013, En Hubby admitted @ Apollo Medical Centre sebab keracunan makanan...3 hari 2 malam gak berkampung kat situ...so anniversary disambut dalam wad saje...ape2 pun, alhamdulillah semuanya selamat.


Ni gambar Syafiq masa temankan En Hubby...dari lepas subuh sampai la ke malam setia Syafiq menemani ayahnya...


Thursday, November 7, 2013

Nasi Beriani In da House

Assalamualaikum w.b.t.

Actually dah beberapa kali buat nasi beriani ni...tapi gambar pada hari kejadian adalah pada Hari Raya Aidil Adha, hahaha..dah berzaman baru terhegeh2 nak update...



So arini Me akan kongsi resepi yang mudah sangat...bukan ape, untuk rujukan sendiri di kemudian hari...

Bahan-bahan :

4 cawan beras basmathi (dibasuh & direndam seketika)
5 cawan air
1 paket perencah beriani (jenama iman)
bawang besar *
bawang putih *
halia *
kulit kayu manis
buah pelaga
bunga lawang
bunga cengkih

* bahan2 perlu dimayang halus
 
Cara Memasak :

1) Tumis bahan yang bertanda * & 4 sekawan (kulit kayu manis/buah pelaga/
bunga lawang/bunga cengkih) sehingga naik bau
2) Masukkan prencah iman yang telah dibancuh bersama air
3) Masak sehingga naik bau (macam masak kari)
4) Masukkan air & biarkan mengelekan
5) Masukkan beras
6) Bila beras dah hampir masak, pindahkan ke dalam periuk kukus & kukus sehingga masak

Resepi yang Me bagi ni untuk nasi sahaja..Nasi Beriani ni sedap dimakan bersama daging masak hitam special (resepi dr kg)...nanti bila free Me share resepi Daging Masak hitam pulak ye...

Bagi nak tertanya perencah iman macam mane, bole refer gambar di bawah :



Ni la Perencah Iman yang Me guna...Me beli @ Tesco, rasenya RM2 sahaja untuk sebungkus...sebungkus perencah ni memang sesuai untuk 4 cawan beras.

 

Ni pulak Beras yang Me gunakan...sebungkus ni RM27++, bole dibeli di Tesco jugak...sebungkus ni bole dapat +- 12 cawan (so kene guna 3 bungkus perencah iman), beras basmathi biasa pun bole digunakan jugak...



Wednesday, November 6, 2013

Happy Birthday Soulmate (06/11/2013)

Assalamualaikum w.b.t



Selamat hari lahir Abang...

Hari ni Birthday En Hubby, pagi tadi Me just wishes je kat En Hubby, InsyaAllah hadiah akan menyusul kemudian ;)

Semoga Abang dikurniakan kesihatan yang baik...diberkati Allah & dipermudahkan dalam setiap urusan...Amiin...

Wednesday, October 30, 2013

Pertandingan KIK @ IPN

Assalamualaikum w.b.t

Pada penghujung Bulan September, Me & rakan2 sekumpulan menyertai Pertandingan KIK... Bagi kakitangan Gomen memang akan familiar ngan KIK, Emm bila join group KIK ni memang memerlukan komitmen yang tinggi, lagi2 bila hampir tarikh pertandingan, penat sangat tapi happy...



Syarat pertandingan perlulah ada pameran tentang produk yang kita pertandingkan...so inilah booth group Me...simple aje...Kami mempertandingkan rekaan sistem unit untuk melicinkan proses kerja...

 

Ini antara ahli group Me...tapi ni kaum wanita je..kaum lelaki masa ni bz ngan setting alatan untuk presentation...gambar kitaorg present xde plak...kitaorang hanya dapat saguhati saje...apa2 pun tetap berpuas hati dengan sistem yang dibangunkan oleh kumpulan kami...





Muzium Geologi @ Ipoh

Assalamualaikum w.b.t

Lamanya tak update blog ni..start bulan 9 hingga le minggu lepas Me in busy mode...banyak yang nak di story kan tapi tak tahu la mampu or tak diabadikan dalam blog ni...

Pada Bulan lepas, Me ade naziran di Jabatan Geosains Ipoh, so after settle kerja kami melawat Muzium Geologi bersebelahan ngan jabatan tersebut...Me memang tak tahu kewujudan muzium ni...so ambil peluang untuk melawat muzium yang menarik pada pandangan Me.


Ni adalah daya tarikan muzium tersebut, ada Dinasor yang mengaum & sekaligus dapat menarik perhatian anak2 kita...sesuai untuk bawa anak2 kita melawat muzium ni...Bayaran masuk adalah percuma. Dibuka setiap hari kecuali Hari Kelepasan Am...



Macam biasa Me & geng harus la enterprem jugak kan...hahaha...sebenarnya muzium ni ade banyak zon, antaranya Zon Dinasor & Fosil, Zon Mineral, Zon Marin, & macam2 lagi yang menarik untuk dilawati.


Tuesday, September 17, 2013

Jamuan Raya 2013

Assalamualaikum w.b.t.

Dah habis bulan Syawal baru terhegeh2 nak upload cite jamuan raya kat opis..so kira ok la kan dari xder langsung. Tahun ni macam tahun2 sebelum gak, jamuan raya agak meriah cuma pihak jabatan tak menjemput orang luas as our jemputan khas.

Menu utama Mee Kari, Satay, Roti jala with kuah durian, lemang, nasi himpit, rendang, dan bermacam jenis kuih & dessert... memang x mampu nak makan semuanya...sori, gambar makanan x sempat snap, teruja nak bergambar memasing tp Me hanya up kan gambar sekeping dua je...


As usual gambar ngan rakan sejawat wajib ader...sebenarnya banyak lagi gambar kami tapi mcm x proper nak up kat sini ...masa ni makanan x sampai lagi,so masing2 bergambar..stil x cukup korum coz ader yang bergambar ngan unit masing2...
 
 

Ni plak gambar nak unit & ex unit...biasa la opis Me ni ramai kaum Hawa, Kaum Adam plak bole dikira ngan jari, ade beberapa orang je pun...ooppps, yang baju seba pink peplum tu dapat hamper untuk pakaian bling-bling pada jamuan tersebut...maklumla manik2 sarat di tudung & baju....tahniah....


Jamuan Perpisahan

Assalamualaikum w.b.t

Adat pertemuan pasti ada perpisahan...Ni majlis perpisahan My Boss...InsyaAllah by 1st October My Boss ni akan bersara pilihan...kami just adekan jamuan yang simple sebab banyak sangat makan sempena bulan raya (cerita ni adalah pada bulan Syawal, baru skang nak upload, hahaha...).


Selamat bersara diucapkan pada En Aziz, beliau bersara awal coz nak concentrate pada PHD yang diambil beliau...bagi Me & rakan2 terasa kehilangan besar antara sebab utama kami akan kehilangan bakaat besar dalam penulisan & penyemakan tatabahasa & ape2 yang berkaitan minit2 mesyuarat.




Makan2 @ Sentosa Villa Resort, Taiping

Assalamualaikum w.b.t.

Sempena birthday Syafiq last month, Me & En Hubby decided nak makan2 kat Sentosa Villa Resort, sebab dengar feedback macam ok, so kami mencuba nasib...



Ni view Sentosa Villa Resort. Memang mendamaikan...resort ni memang kampung style, so kalo rase nak suasana kampung sesuai la stay di sini. ade sebatang anak sungai dalam resort ni. (gambar ehsan Cik Google)


Ni antara menu yang sempat Me snap...kami makan Chicken Chop Grill Black Pepper (My Mom), Chicken Chop Grill Oriental (En Hubby), Thai Fried Rice (Me), Sosej Black Pepper (Syafiq)...air minum jus buah-buahan je...


Ni antara aksi Syafiq yang sempat Me snap that time...Cafe Villa ni dalam dusun..memang gelap & terasa macam stay kat kampung...


Last but not least, gambar Me eith kiddos & my mom...as usuall, En Hubby mmg xmau bergambar, suka tengok gambar Syafiq & ilman, sampai terpejam2 mata ilman.

So bagi Me makanan kat sini sedap la...bole diterima anak tekak kami..harga makanan standard resort la, so next time bole datang makan lagi :)


Saturday, September 14, 2013

Happy 4th Birthday Syafiq

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah 31/8/2013 yang lepas genap 4 tahun umur Syafiq. Tahun ni xder celebration yang special seperti tahun2 sebelum ni. Just sambut ngan family members je..Tahun depan Syafiq sekolah, so bole la kita celebrate kat school nanti...
 

Selamat hari lahir Syafiq...ummi doakan Syafiq menjadi anak yang soleh di dunia & akhirat...semoga dipermudahkan dalam setiap urusan... amiin... Kek ni ummi buat sendiri, walaupun rupanya x cantik tapi rase marbeles...hahaha, puji diri sendiri...



Masa ni kat umah wan (FIL ummi), ni peneman setia Syafiq, yang lain memasing nyayikan lagu birthday untuk syafiq... Lepas dah cut cake tu memasing sibuk main semula...yang penting kek tu licin..hahaha...



Saturday, August 24, 2013

Mari Mengaji Al-Quran

Assalamualaikum w.b.t.



Di mana ada Syafiq pasti ada ilman..hahaha...ilman jadi bodyguard abang masa abang mengaji ngan Nenek... Semoga Allah s.w.t terangkan hati Syafiq agar dapat khatam al-quran sebelum bersunat...Aamiin...




New Helpers In Da House

Assalammualaikum w.b.t.



Sebenarnya dah lama Me nak beli Garment Steamer ni, tapi masa mula2 dulu mahal sangat...lastly baru2 ni masa raya kat kampung Me ade guna steamer Maksu Me...bila guna terus jatuh cinta, so terus guna khidmat En google mencari maklumat & komen2 berkenaan penggunaan steamer ni...

So far bagi Me memang steamer ni sangat membantu  & yang bestnya proses iron baju lebih cepat & hasilnya lebih licin...




Aksi Syafiq & ilman

Assalamualaikum w.b.t.



Muka letih ilman masa menanti doctor...masa ni ilman masih tak sihat dari 'ceri beri'...tapi bila nampak ummi nak amik gambar dia pandai plak berposing walaupun muka dah lali sangat...


Ni plak aksi Syafiq masa menanti En Hubby menjalani small operation kat klinik...dah 1/2 jam jugak menanti...bila dah bosan mula la ajak ummi ke 7 Eleven...



Masa hari kejadian si kecik ni sorang je tak tido2 lagi sedangkan si abang telah lama belayar...sekarang ni dah pandai, tido kejap sangat, x sempat nak buat kerja dia dah bangun..huhhuhuhu...



Aidil Fitri 2013

Assalamualaikum w.b.t.

Dah lebih daripada 1/2 bulan kita menyambut hari raya, baru berkesempatan nak update cerita raya... kiranya dah basi la ye...tapi tetap nak up jugak cerita raya as kenangan dalam blog ni...

Tahun ni tema purple pink...tapi sayangnya baju raya Me yang sepatutnya, tailor x dapat siapkan, padahal hantar dari bulan 5 lagi..huhuhu..so pakai je la baju yang seakan2 sama wane tema...

 

Salam Lebaran dari kami sekeluarga, gambar raya tak banyak sangat sebab 2 hari before raya ilman kena 'ceri beri'... pagi raya hingga ke tengah hari masih x sihat...bawa ke klinik semula then doc tukar ubat baru la ok sikit...kesian ilman, hampir seminggu baru sihat...



Aksi Syafiq di pagi raya, hari raya tu mood dia ok, so siap volunteer nak bergambar bersongkok & berkopiah...sejak dah besar ni ikut mood...kadang2 marah ummi sebab captured photo dia...



Last but not least photo ilman di pagi raya...muka tak berapa ceria sebab x sihat sangat..ni 1st Aidil Fitri buat ilman...



Tuesday, August 6, 2013

Salam Aidil Fitri 2013

Assalamualaikum w.b.t.



Hari ni hari last Me bekerja, start esok hingga rabu minggu depan Me akan bercuti...hari ni pun mood bekerja dah ke laut, hanya teringat nak balik rumah nak prepare raya plak...

Sempena bulan yang mulia ini, Me mohon ampun & maaf andai ada kesalahan yang dilakukan sama ada secara sedar atau sebaliknya, semoga kita mendapat keberkatan di bulan yang mulia ini, Maaf zahir dan batin..

kepada yang pulang berhari raya ke kampung, drive safely...

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI,
MAAF ZAHIR & BATIN....



Rajinnya Dia...

Assalamualaikum w.b.t.

Hari Ahad baru2 ni Me mengemas rumah, ye la dah nak raya tapi rumah still bersepah lagi, so kemas2 bahagian dalam umah Me yang handle manakalan luar umah plak En Hubby punya tugas. Bila dah settle dalam umah tetibe teringat yang grill sliding door tak bercuci lagi, apa lagi kalut la sebab dah petang & nak prepare juadah berbuka pula. Nasib baik Syafiq tolong ummi dia cuci...

Wah, dah besar rupanya anak ummi ni, dah bole buat kerja yang tak terfikir oleh ummi...terima kasih anankku sayang...layan gambar Syafiq cuci grill ni...jangan tak tau, bersih dicucinya.





Aktiviti Opis

Assalamualaikum w.b.t

Bulan puasa ni aktiviti di opis masih berjalan seperti biasa, malah rasenya banyak pulak aktiviti dalam bulan puasa ni. Antaranya perhimpunan bulanan, Mesyuarat Kelab, & juga Majlis Khatam Al-Quran. Tadarus Al-Quran diadakan pada setiap hari bekerja mengikut kumpulan masing2 yang telah ditetapkan...

Setiap tahun bila ade mesyuarat kelab kami semua akan dapat gift/cenderahati dari kelab..antaranya payung, termos mug, beg & macam2 lagi...tapi bg Me tahun ni gift nya mengingatkan Me zaman sekolah2 dulu...selalu tukar2 hadiah ngan kawan2 mesti bagi vase or barang2 kaca...huhuhu...



So ini la gift yang Me dapat pada tahun ni...memang teringat zaman persekolahan dulu...


Aksi Mereka...

Assalamualaikum w.b.t

Last week (Sabtu malam), adik ipar yang bongsu wat BBQ so kitaorang suma berbuka pose kat rumah father in law, menu malam tu simple jer tapi seronok sebab dapat berkumpul ramai2...malam tu menu utama ayam BBQ, sosej, sup daging, mee goreng, kari ikan & nasi, tak lupa juga puding laici & agar2 as pencucu mulut.

Lepas dah settle berbuka puasa, ade request dari sepupu2 Syafiq nak bermain bunga api & mercun roket ...Syafiq tak berani nak main bunga api so dia just jadi penonton je la...



Syafiq bersama Qaisara & Farhani...dorang ni jadi penonton je la...yang besar2 main mercun tapi dorang ni memeriahkan suasana jer...oh, ilman plak time ni asyik nak berdukung je...tengok la Qaisara & Farhani dah pandai posing..





Sama Tapi Tak Serupa

Assalamualaikum w.b.t.

Masa kemas2 baju Syafiq yang lama2 nak asingkan...tetibe terjupe baju yang adik Me beli untuk Syafiq masa dia ke Terengganu..masa tu Syafiq x sampai setahun lagi...x silap Me Syafiq pakai baju tu dalam sekali dua je..sebab dah x muat so Me asingkan...ni terjupe baju tu so bole la ilman pakai...

Kebetulan malam tu Syafiq & ilman pakai baju yang seakan2 sama..so layankan je la gambar abang & adik ni...suka betul Syafiq bila ilman nak dudik atas riba dia...






Tuesday, July 30, 2013

Makan - makan @ Jili Cafe

Assalamualaikum w.b.t.

Bulan2 pose ni saje je nak tayang makanan...ni pun cerita before puasa baru2 ni...dah lama member opis promote makan kat cafe ni..katanya western food dia sedap...so Me pun ajak la En Hubby ke sana...jom layan cerita yang tak seberapa ni...

  
Jili Cafe ni terletak di Kuala Kangsar..dalam 30-45minit gak dari umah Me...masa hari kejadian ade promosi untuk menu Grill Chicken Chop (dine in sahaja)...apa lagi masa ni la nak order lebih sikit..hahaha dasar tamak kan....

Menu malam tu Chicken Chop Balck Pepper & Mushroom (Syafiq & En Hubby). Me plak makan Taiwanese Beehoon...yang ni ala-ala Bihun Kungfu..sedap..kuah siap diasingkan dari bihun...bila tuang kuah sup tu ke atas bihun tu siap bunyi crispy lagi...adoi terbayang2 plak...

Syafiq macam biasa...teh o ais pilihan dihati...malam tu mood x brape nak elok..jenuh gak pujuk..tengok la muka x berapa nak ceria...

Emmm mane makanan saya ni...dari tadi order x dapat2 lagi...


So far makanan yang disajikan memuaskan hati..sedap...so next time bole cube lagi...cume tempat ni ramai student kolej islam...kalo datang lewat maybe tempat full la...



ilman & Madeeha

Assalamualaikum w.b.t.

Ni cerita seminggu before puasa...layan aksi ilman & sepupunya Madeeha...masa ni semua org sibuk berkemas ape yang patut...kejadian hari bertunang adik ipar yang bongsu...


ilman & Madeeha  ni beza dalam sebulan lebih jer..Madeeha lahir awal bulan Ogos..ilman plak lahir hujung September tahun yang sama...

Raya nanti jenuh la nak kepung dua - dua budak yang banyak 'kerja' ni...hahahaha....

Tuesday, July 9, 2013

:: Salam Ramadhan 1434H ::

Assalamualaikum w.b.t



InsyaAllah, esok umat Islam akan menjalankan ibadah puasa selama sebulan.... Semoga Ramadhan ini dapat memberi rahmat kepada kita semua...semoga kita dapat meningkatkan lagi amalan sedia ada...

Salam Ramadhan 1434 H dari Me & family...

:: Abang & Adik ::

Assalamualaikum w.b.t.



Gambar ni Me sempat snap masa menunggu En Hubby shopping barang2 hardware @  Kedai MR D.I.Y...tengok la aksi si adik yang mula2 mengacau si abang...suka tengok gambar ni..ceria je muka kedua-dua mereka...

Kerja..kerja..kerja..

Assalamualaikum w.b.t

Ni plak cerita penghujung bulan Jun yang lepas baru berkesempatan nak updated dalam blog ni...Me & beberapa rakan sejawat busy sangat disebabkan preparation untuk mesyuarat pengarah2 yang di adakan di Perak..so kami as tuan rumah perlu la bekerja keras untuk memberi yang terbaik walaupun ade jugak kekurangan yang tak dapat dielakkan...

Mesyuarat tersebut diadakan di Hotel Kinta Riverfront, Ipoh...sayangnya management hotel kurang memuaskan dari segi check in/out, makanan dan ade lagi beberapa perkara...dari segi bilik penginapan boleh dikatakan tip-top jugak.

Ni masa majlis makan malam yang diadakan pada malam ke-2, sempat lagi kami berposing walaupun muka masing-masing jelas letih...


:: Kitchen Cabinet oh Kitchen Cabinet ::

Assalamualaikum w.b.t.

Sejak mula-mula beli rumah memang Me dah berangan2 nak ade kitchen cabinet (KC), tapi apakan daya masa tu kewangan tak mengizinkan...setelah hampir 4 tahun baru la berpeluang ade KC sendiri...lama gak Me survey2 before stat buat KC ni...selalu gak google konon2 mencari inspirasi...

Alhamdulillah akhirnya rumah kesayangan dah ade KC walaupun x secantik & sehebat orang lain...bila dah ade KC sendiri ni mood memasak berkobar2 gitu...

Ni lakaran masa 1st time diskus ngan Cina yang buat KC...tapi rasenya ade 2-3 kali Me tukar design sebab ade pertambahan yang Me inginkan...

Ni masa kerja-kerja reno sedang berjalan...asalnya umah Me dah ade konkrit table top tapi sinki asalnya kat tengah & dapur di hujung..so macam x praktikal...so Me decided untuk tukar position & that why buat konkrit table top baru....

Alhamdulillah dah siap pun KC Me..ni adalah pandangan dari ruang tamu umah Me...

Pandangan keseluruhan KC...KC yang simple & within bajet...

Semangat nak memasak berkobar2...
Alhamdulillah tercapai gak nak ade KC before bulan puasa...dah tak sabar nak memasak untuk bulan puasa nanti...so far Me agak berpuas hati ngan hasil kerja cina KC ni...siap ade 2 3 orang jiran yang buat KC ngan cina ni jugak...