Wednesday, December 28, 2011

Corat Coret

Assalamualaikum w.b.t

Pejam celik-pejam celik, tinggal 3 hari je lagi kita nak tinggalkan tahun 2011 ni...Hari ni last day Me bekerja untuk tahun 2011...esok stat cuti & InsyaAllah awal tahun 2012 bertemu kembali...kat opis ni plak sunyi sepi jer, ramai yang dah stat bercuti, siap sambung sampai awal tahun depan, yela, nak uruskan anak2 yang nak mulakan persekolahan baru....

Banyak pekara yang berlaku sepanjang tahun ni, ader yang manis, pahit, masam-masam manis pun ader(hehehe...), semoga segalanya menjadi kenangan yang terindah dalam diri Me..Yang baik tu bole lah dijadikan rujukan di masa hadapan, manakala yang tak baik pulak dijadikan panduan/sempadan pada masa yang akan datang.

Aper azam tahun baru? em, banyak jugak, yang mana tak tercapai tahun ni bole lah carried forward tahun hadapan, yang dah tercapai plak, alhamdulillah...

Cuti kali ni akan digunakan sebaik mungkin untuk bercuti2 bersama yang tersayang...InsyaAllah will update later...yang pasti b4 bercuti2 ni kene la kemas rumah, kain baju banyak yang menanti untuk dibasuh + dilipat...(ni la keje yang paling Me kureng suka; lipat baju)

Last but not least, semoga 2012 membawa 1001 keberkatan & kebahagiaan kepada Me & family...Amin....



Tuesday, December 27, 2011

Johor Premium Outlet

Assalamualaikum w.b.t.

Kesinambungan meeting & course @ JB, selepas abis meeting ari ke-2 tu, kami dibawa ke Johor Premium Outlet(JPO), ni bukan ader kene mengena ngan meeting ye..ni hasil request warga kerja yang teringin nak ke JPO...Me pun follow gak..dah pihak urusetia sediakan bas, so apalagi, wajib la join,just cuci-cuci mata je..nak beli memang x mampu, lagipun kebanyakkan barang2 di sana bukannya 'taste' Me...almaklumla x bercitarasa tinggi + x berapa updated kot...hihihii...

Masa sampai JPO, terkejut tengok punyala banyak kereta, padahal ari bekerja, tp majoritinya orang Singapura yang shopping di sana...bagi diaorang memang berbaloi la shopping coz duit dorang besar dari kita...barang2 pun mencecah ribuan ringgit...

Meh kita tengok outlet2 yang ader disana..Me hanya membeli coklat di Fidani outlet je...tu pun beli yang murah je...coklat2 kat sini mahal...maybe sebab dorang punya sendiri....

Ni la Johor Premium Outlet, dari highway lagi dah boleh nampak signboard dia yang amat besar + tinggi..bagi Me binaan bangunan JPO ni memang nampak ekslusif.

Coach Outlet..Me x masuk pun, sbb kalo nak masuk kena beratur ikut turn, so nanti dorang akan layan kita...kalo setakat nak cuci2 mata tu x payahle beratur..

Ni la Fidani outlet, coklat homemade dorang memang sedap, tapi kalo coklat D'aim / Cadbury / hersey / lain2 brand, consider mahal..better beli di The Zon Hotel ( zon bebas cukai)

Handbag di Guess ni cantik2 tapi Ya ampun, mahal giler, Singaporean ramai yang keluar dari outlet Guess ni menjinjing at least 1 beg plastik, best dorang shopping.

Nike outlet pun best gak....
So, kepada mereka2 yang berminat, boleh la ke JPO, make sure bawa duit ribu riban..hehehe...for Me at least dapat new experience tengok warga Singaporean shopping...bukan ke kat Singapore lagi murah?

Meeting & Course @ JB

Assalamualaikum w.b.t

Last week adalah minggu yang paling memenatkan bagi Me. Sepanjang minggu Me xder kat opis. Bermula dari 20/12 - 22/12/2011 Me menghadiri Mesyuarat di JB. Perjalanan dari opis ke Jb mengambil masa lebih kurang 7-8 jam, ni termasuk la berhenti solat + makan & minum. Jauh betul perjalanan, lenguh2 gak badan.

Ader kisah sebelum ke JB. Pagi tu, masa on the way ke opis, baru Me perasan handphone tertinggal, bole nak p kursus tertinggal satu-satunya barang yang penting? Sampai opis col En Hubby bagi tau Hp tertinggal. En Hubby plak cakap x pe la jaga diri baik2..huhuhu, sungguh sedey. Dah la perjalanan dari umah nak ke opis dalam 1 jam.

So, Me pun menyibukkan diri buat keje2 opis, konon2 nak lupakan tradegi...tetibe terdengar suara budak panggil "ummi, wat pe tu? fuh, syahdu betul tgk En Hubby bawa anak untuk hantar hp...Thanks Abang, Love u so much....baru la tenang hati nak berkursus...

Kali ni mesyuarat + kursus diadakan di Hotel Puteri Pacific @ JB...mmg best, 2nd day meeting then malamnya ader BBQ, hari ke 3 plak ader kursus Motivati Sikap Kerja Positif, penceramah best giler, x kering gusi kami dibuatnya...

So, kita layan gambar2 hotel je la...gambar2 lain x sempat nak snap...

The Puteri Pacific, Johor Bahru

Bilik hotel yang selesa + luas

Meja yang selesa nak wat keje, tp x guna pun...

Permadangan bandar JB yang berhampiran hotel
Kesimpulannya, meting & course kali ni enjoy skit...x der brain storming bagai....cuma sedey sebab kene tinggalkan Syafiq dengan nenek...huhuhu...

Tuesday, December 13, 2011

OMBAK RINDU

Assalamualaikum w.b.t

Hujung-hujung tahun ni selalu jer ader keje-keje adhoc + meeting2 yang x dirancang....tu salah satu sebab blog tak ber update..hehehe, sebenarnya nak 1000 daya tak nak 1000 helah....

Okey, berbalik kepada tajuk, rata2 dalam status FB atau blog kawan2 masing2 dah review pasal Filem Ombak Rindu ni...Bagi Me. so far x der kelapangan nak menonton filem ni, pernah ajak En Hubby tonton wayang tapi lastly cancelled sebab ader jer agenda tak dirancang...so, last choise, tunggu tayangan kat ASTRO FIRST je la...Agak2 bile ek Ombak Rindu ni di tayang @ ASTRO FIRST??? Tak sabar rasenya nak tengok cite ni...

Me adalah peminat novel2 melayu, Ombak Rindu ni plak, bole dikatakan setiap tahun Me akan ulang baca novelnya...memang layan abis...harap2 ader peluang nak tengok cite ni..huhuhu....

Dah hampir 1/2 bulan filem ni ditayangkan, masih belum berkesempatan nak tengok, hopefully 1 fine day berjaya gak tonton filem ni...

Ni plak novel yang menjadi feveret Me, jangan tak tahu En Hubby pun pernah baca novel ni gara2 tengok wifenya layan novel...

Monday, December 5, 2011

Handphone

Assalamualaikum w.b.t

Sekejap je dah bulan 12 kan...tinggal lebih kurang 1 bulan sebelum kita melangkah ke tahun 2012. Hujung2 tahun ni macam2 yang nak kene buat. keje pun bertambah bz...tapi ni amik masa skit nak release tension..lgpun tension2 ni x baik untuk diri sendiri.

Sebenarnya arini Me nak wat entry khas berkaitan henfon yang telah Me guna pakai just untuk kenangan Me di masa hadapan. Bukan ape, at least bila dah start google henfon2 di bawah baru la perasan banyak gak henfon yang telah Me guna...


Ni 1st henfon yang Me guna, beli henfon ni masa 1st semester wat degree, kalo x silap dalam RM800++, simcard plak time tu RM200++, mahal betulkan simcard time tu, skang simcard dah kurang dari RM10.(Model : SIEMENS C35)

Ni 2nd henfon, beli ni masa praktikal 6bulan kat audit firm, yang ni mmg Me suka sbb sangat kecil & comey...dalam RM900++ kot. (Model : NOKIA 8250)

Ni plak yang ketiga, beli masa 1st time dapat bonus keje RHB, yang ni pun sweet je, sejak guna henfon ni dah jatuh cinta nak guna henfon flip...yang ni RM1500++. (Model : SAMSUNG E53)

Henfon ni memang best, Me tukar pun sebab anak terjatuhkan, then sliding dia berbunyi, bawa p kedai hp, dorang kata kalo nak tukar sliding dia x berbaloi, so decided tukar hp lain. Ni pun RM1200++ gak. (Model : NOKIA 6500 SLIDE)

Yanh ni gambar dia cantik sgt 5mpixel, tp sayangnya volume x bape jelas sbb speaker dia kecil sgt, kalo letak dlm hbeg/ poket seluar jeans, mmg x dgr. (Model : NOKIA 6600i SLIDE)

Rasenya henfon ni la yang paling sekejap Me pakai, x sampai 6 bulan rasenya terus me amik yang lain sbb camera x clear n keypad dia problem, tp yang best radio dia bole hand free... (Model : NOKIA X3)

Last but not least, ni la henfon yang me gunakan sekarang, dah hampir setahun, so far so good, wat masa ni x terpikir nak tukar lain. (Model : NOKIA 5800)

Bila kira balik dah banyak duit Me habis beli henfon, huhuhu...tapi x per kan untuk kepuasan diri sendiri (ayat memujuk hati sendiri ni..) nampak gayanya Me lebih suka Nokia, setiap orang berlainan citarasa.