Tuesday, December 8, 2015

Kehilangan (Al Fatehah...)

Bismillahirahmanirahim...

Lama dah tak menulis kat blog ni...

Tanggal 24.10.2015, adalah hari yang paling sedey dalam hidup Me apabila mak kesayangan telah pergi buat selamanya...hanya yang pernah melaluinya yang tahu perasaan apabila mak & ayah telah tiada, rase seluruh nyawa dibawa bersama...

Sesungguhnya itu lah perkara yang paling Me takuti, akhirnya terjadi juga...
Siapa kita untuk pertikaikan...
Redha dan pasrah...
Semoga emak tenang di sana,
In Sya Allah, kami akan sentiasa mendoakan emak dan abah agar mendapat kesejahteraan di sana...

Hingga ke saat ni, emosi Me masih tak stabil lagi,

Ya Allah Ya Tuhanku,
Kau ampunkanlah dosa kedua ibubapaku,
Kau terimalah segala amal ibadat dan sedekah jariah yang telah mereka lakukan ketika hayat mereka,
Kau muliakanlah kedatangan mereka,
Kau rahmatilah ke atas roh mereka,
Semoga mereka tergolong dalam golongan orang-orang yang beriman dan semoga mereka dapat menjadi ahli syurgaMu...
Aamiin...





Dari Aisyah menceritakan bahwa seorang lelaki datang kepada Rasulullah bertanya : 
Ya Rasulullah, sesungguhnya ibuku telah meninggal dunia, dan dia tidak ada berwasiat apa pun dan saya rasa kalau dia sempat berbicara dia akan bersedekah, apakah dia mendapat pahala jika aku bersedekah untuknya ? 

Nabi menjawab : Ya (bersedekahlah dan dia akan mendapat pahala ). 
(Sahih Bukhari dan Muslim)

Dari Abi Usaid Malik bin Rabi’ah berkata bahwa ketika kami sedang duduk-duduk bersama Rasulullah, tiba-tiba datanglah seorang lelakidari kabilah Bani Salamah berkata :
 “ Ya Rasulullah, adakah kebaikan yang dapat saya lakukan kepada kedua ibu bapa saya yang telah
meninggal dunia ? 
Rasul menjawab : Ada, engkau berdoalah untuk keduanya, dan meminta diampunkan dosa-dosanya, dan tunaikan wasiat dan janji-janjinya, dan hubungkan silatiurahim dengan saudara dan keluarganya, dan hormati serta muliakan kawan-kawannya."
(HR Abu Daud, Ibnu Majah, Ibnu Hibban)

Rasulullah saw. bersabda yang bermaksud : "Orang yang bijak adalah orang yang mempersiapkan dirinya dengan beramal untuk bekalan selepas matinya. 
Manakala orang yang tidak bijak adalah orang yang mengikuti hawa nafsunya dan kemudian mengharap pertolongan Allah". (HR Tirmizi)


*Mood Sedih*