Tuesday, April 29, 2014

Kenduri oh! Kenduri

Bismillahirahmanirahim ...

Alhamdulillah dah selamat pun kenduri adik bongsu En Hubby, dan insyaAllah hujung tahun nanti pengantin dapat baby baru, hihihi... Kenduri ni pada 14/2 (Akad nikah) 15/2 (side biras) & 16/2 (side adik ipar). Alhamdulillah kenduri berlangsung dengan lancar, ramai gak jemputan, almaklumla anak bongsu kan...



 Tema purple ni kenduri di umah biras...


Gambar family besar En Said & Puan Zaleha... susah gak nak bergambar ramai-ramai macam ni...cume yang tak de dalam gambar ni cucu sulung hingg ke tiga, cucu2 yang lain suma ade...


Last but not least syafiq & sepupu2... adoi la ilman, susah betul nak bergambar... spoil je gambar yang cute2 ni...hihihi...


Makan-makan @ SBK Wisma Corner Steamboat & Steak

Bismillahirahmanirahim...

Last month sempena birthday Me, kami sekeluarga pergi menjamu selera di SBK Wisma Corner Steamboat & Steak di Taiping. Sebenarnya ade bermacam2 jenis makanan disajikan, bukan hanya steamboat & steak sahaja.

Harga untuk 1 set steamboat (4 org makan) adalah RM40. Bagi Me, semua makanan yang disajikan kena ngan tekak kami sekeluarga. 



Ni permandangan restoran pada hari kejadian. Restoran ni ade banyak gerai2 di sekeliling tempat makan ni, tapi order & bayar tetap dari owner yang sama.


Ni je yang sempat di snap untuk steamboat, yang lain x sempat...disamping seafood seperti diatas, ade bihun, sayur-sayuran & telur. Kuah steamboat bole pilih sama ada tomyam or sup. Me pilih 2 2 kuah tomyam...


Ni plak gambar pada hari yang berlainan, makan nasi putih + tomyam campur + daging masak merah + kailan goreng ikan masin... air laici kang dia memang mabeles & banyak bahan didalamnya.

So far bagi Me & family, masakan yang disajikan kene ngan tekak kami, nanti2 bole la repeat makan di sini...


Syafiq & Farisya

Bismillahirrahmanirrahim...

Cerita ni rasenya pada awal tahun ni, dalam bulan Februari 2014, baru berkesempatan nak up kat blog.

Layan aksi Syafiq & Farisya.



Sebenarnya dah lama dorang tak jumpa. Rasenya since last year. Mula2 jumpa malu2, then bila dah ok, kemana pun berdua. Gambar kat buaian tu masa kat umah mak sedara di Ipoh before kuar jenjalan... yang makan ice-cream tu plak kat Greentown Mall, Ipoh. oh! sebenarnya dorang ni sepupu, umur sebaya tapi farisya dari tahun lepas dh sekolah.


Thursday, April 17, 2014

Holiday?

Bismillahirahmanirahim...

Lama sungguh tak berkesempatan nak jengok, apatah lagi nak mengupdate blog...terlalu bz dengan urusan kerja2 di opis...if di rumah memang xsempat la sebab berperang ngan anak2 teruna...

Hari ni selesai Pensijilan Semula Amalan 5S di opis Me, so dah hilang satu bebanan yang digalas...Terlalu letih, so rasenya perlu bercuti bersama ahli keluarga...




Emm, mane ye? tunggu la next entry kita cerita. Doakan semuanya selamat....